Resepi Roti Gulung Ala Sushi Sangat Menyelerakan, Hidangan Yang Menarik Untuk Minum Petang!

0 1,708

Musim PKP sekarang ini, petang-petang mesti hidangkan apa-apa untuk minum petang. Selalu sangat duk buat cekodok boleh naik jemu, kalau nak order sushi mahal pulak. Jom cuba Resepi Roti Gulung Ala Sushi.

Untuk resepi ini bahan utama perlu ada roti keping, seaweed, dan breadcrumbs sahaja. Bahan lain boleh diolah mengikut bahan yang ada dirumah jika bahan yang dikehendaki didalam resepi tidak mencukupi.

Nak buat sushi mesti nak kena ada beras untuk sushi dan bahan-bahan lain, nak sediakannya pun agak rumit juga kalau pertama kali ingin membuat sushi. Lebih baik cuba resepi ini lagi mudah dan jimat.

Dalam sushi seaweed sangat penting dan perlu ada. Seaweed akan memberi rasa yang  berbeza pada hidangan yang kita makan. Orang jepun suka makan seaweed kerana banyak kebiakan didalamnya.

Salah satu kebaikan didalam seaweed ialah baik untuk kecantikkan kulit, jadi sebab itu orang jepun dan Korea suka makan seaweed. Resepi roti gulung ala sushi ini telah dikongsi oleh Keroroyz Royz.

 

RESEPI ROTI GULUNG ALA SUSHI

Hidangan ini perlu digoreng, boleh sahaja digoreng didalam minyak. Untuk lebih sihat boleh dibakar didalam air fryer atau oven, cuma kena spraykan sedikit minyak atau butter pada roti sebelum dibakar.

photo6242209463058673509+%281%29.jpg (960×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 8-10 keping roti tawar leperkan
  • Minyak untuk menggoreng
  • 2-3 keping seaweed potong 4

photo6242209463058673505.jpg (960×1280)

Bahan-bahan inti :
  • 2 ketul sosej dicelur, potong sebesar mancis memanjang
  • 4 ketul crab stick dicelur, dihiris memanjang
  • 1/2 biji timun jepun, buang biji, hiris panjang
  • 1/2 biji carrot, potong sebesar mancis 1/2cm memanjang dicelur

photo6242209463058673506.jpg (960×1280)

Bahan-bahan sapuan :
  • 3 sudu makan mayonis
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • 1/2 sudu kecil susu pekat manis

 

Bahan-bahan pencelup :
  • 1 biji telur dipukul ringan
  • 30g serbuk roti oren

 

Bahan-bahan sos :
  • 50g mayonis
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan sos tomato

 

CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI GULUNG ALA SUSHI

▶️ Mula-mula campurkan bahan sapuan iaitu mayonis, jus limau dan susu pekat, sejukkan dididalam peti sejuk.

photo6242209463058673504.jpg (960×1280)

▶️ Selepas itu, ambil sekeping roti sapukan bahan sapuan.

photo6242209463058673502.jpg (960×1280)

▶️ Lapiskan dengan seaweed. Letakkan bahan inti, gulung kemas dan lekatkan telur dihujungnya.

photo6242209463058673499.jpg (960×1280)

▶️ Kemudian, celupkan kedalam telur, salutkan dengan serbuk roti.

photo6242209463058673497.jpg (960×1280)

▶️ Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan.

photo6242209463058673496.jpg (960×1280)

▶️ Boleh gunakan air fryer, panaskan air fryer 2 hingga 3 minit pada suhu 160°c dan bakar selama 7 minit.

photo6242209463058673508.jpg (960×1280)

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Ala Kak Wok Sangat Sedap, Nasi Set Yang Mudah Dibuat Sesuai Untuk Hidangan Tengahari!

 

Pasti anak-anak seronok dapat makan roti gulung ni, bentuknya seakan-akan sushi tapi dibuat daripada roti. Tak salah memvariasikan makanan mengikut kreativiti sendiri, asalkan sedap dimakan.

728283737.jpg (1200×800)

Inti boleh ditukar dengan omelette, udang goreng atau rebus dan lain-lain bahan untuk inti yang sesuai digunakan. Sedap bila dihidangkan dengan sos cili atau sos pencicah.

Kadang-kadang nak buat sesuatu yang sedap dan special tak perlukan bahan-bahan yang mahal, cukup sahaja dengan apa yang ada dirumah. Resepi roti gulung ala sushi ini boleh dicuba untuk hidangan minum petang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.