Resepi Udang Masak Merah Madu Yang Enak, Rasa Pedas Dan Manis Sambalnya Yang Secukup Rasa!

0 679

Udang bila dimasak sangat cepat matangnya, udang memang sedap dimasak apa sahaja tidak kira digoreng, dibakar atau dikukus. Paling femes hidangan udang ialaha sambal udang, yang ini ramai pengemarnya. Tapi resepi kali ini ialah Resepi Udang Masak Merah Madu.

Hidangan ini seperti masak sambal udang cuma pertambah madu didalamnya. Jadi rasanya akan pedas manis dari sos dan madu yang digunakan. Udang masak merah sebenarnya udang masak sambal cuma divariasikan dengan sos cili dan sos tomato.

Walaupun udang merupakan menu yang kurang dimasak kerana harganya yang agak mahal, tetapi bila dimasak akan menjadi hidangan rebutan. Sebelum masak udang perlu dibersihkan dengan betul, supaya dapat mengekalkan rasa kemanisan udang.

Apabila dibersih dengan betul udang lebih tahan lama. Apabila membersihkan udang perlu diingatkan untuk membuang atau mencuci bahagian najis udang. Dimana bahagian najis udang? Dibahagian atas seperti urat berwarna hitam itu perlu dibuang ye.

Udang apabila dimasak pasti akan menjadi rebutan sehingga perlu dicatu. Walaupun banayak resepi udang boleh dimasak, udang yang dimasak dengan sambal juga menjadi pilihan ramai orang. Resepi ini telah dikongsi oleh Nurul Ateekah.

 

RESEPI UDANG MASAK MERAH MADU

Sebagai tambahan untuk membersihkan udang, lumur udang bersama limau nipis dan juga garam bagi menghilangkan bau hanyir pada udang. Selepas siap dilumur, basuh semula udang dan toskan airnya. Jangan cuci udang berlebihan, nanti isi udang akan hancur.

photo6235511066423569685.jpg (720×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 500gram udang(saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar(dipotong bulat)
  • 1 sudu besar kismis
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Serbuk perasa atau garam (jika perlu)

photo6235511066423569682.jpg (750×1000)

Bahan Kisar :
  • 10-15 batang cili kering(direbus atau Direndam air panas Dan toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai

photo6235511066423569690.jpg (750×1000)

CARA-CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK MERAH MADU

▶️ Panaskan minyak , masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak . (Angkat dan ketepikan)

photo6235511066423569683.jpg (750×1000)

▶️ Gunakan minyak yg sama , tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak .

photo6235511066423569687.jpg (750×1000)

▶️  Kemudian masukkan sos tomato , sos cili , sos tiram ,kismis ,madu dan gula . Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.

photo6235511066423569686.jpg (750×1000)

▶️ Masukkan bawang dan udang yg digoreng tadi , Gaulkan sehingga rata dan sebati .

▶️ Angkat dan siap untuk dihidang .

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Garing Ikan Bilis Petai Menaik Selera Ketika Makan, Hidangan Yang Simple Dan Cepat Dimasak!

 

Udang kalau dimasak memang sedap rasanya, udang yang segar akan rasa manisnya lagi walaupun sudah dimasak. Masak macam ni sahaja pun sudah mengiurkan, pasti berebut udang untuk dimakan dengan nasi.

83939922.jpg (1200×800)

Udang sangat cepat matang apabila dimasak, jangan overcook udang sebab udang akan mengecut dan menjadi kecil. Pasti tak suka makan udang yang kecilkan. Pastikan menggunakan udang yang segar ketika memasak sebab udang yang segar lagi sedap dan ada rasa manis isinya.

Resepi udang masak merah madu ini sambalnya akan rasa manis sedikit, jika tidak suka terlalu manis boleh kurangkan madu didalamnya. Pasti rasanya seperti ayam masak merah ada rasa pedas dan manis pada sambal. Selamat mencuba resepi ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.