Resepi Lasagna Daging Yang Sedap Dan Mantap. Keenakkannya Pasti Memukau Selera Anda!

0 781

Siapa pengemar lasagna? Namun tak pernah pun masak! Jom apa kata hari ini kita tengok perkongsian resepi lasagna daging yang senang dan sedap ini. Hanya menggunakan mozzarella cheese sahaja namun rasa sangat enak dan marlevous. Anda wajib cuba dirumah!

Kelembutan kepingan lasagna, kesedapan mozzarella cheese menjadikan resepi ini sangat istimewa. Selain itu, kombinasi antara sos bolognese dan sos putih dalam satu hidangan lengkap ini, lagi menambah kesedapan dan keenakkan sajian lasagna ni.

Walaupun penyediaan resepi agak renyah namun hasilnya pasti anda puas hati. Jika anda menggunakan kulit lasagna instant ia perlu direbus dahulu untuk melembutkan kulit tersebut. Tapi kalau tak nak rebus pun boleh cuma kena pastikan sos bolognaise dan sos putih secukupnya untuk melembutkan lasagna semasa proses membakarnya nanti.

Inti lasagna ini terpulang pada citarasa anda nak letak daging hancur ataupun ayam kedua-dua pun sedap. Lasagna bila makan panas-panas memang syok, letak cheese banyak-banyak pastu bila makan boleh tarik-tarik cheese tu. Rasa yang lemak-lemak manis antara campuran sos bolognaise dan sos putih menjadikan hidangan ini sangat sedap.

Resepi lasagna daging ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Noratiqah Nordin menurut beliau kalau masak lasagna ni memang kena masak banyak sebab anak-anak suka makan. Malahan ia merupakan makan favorite keluarganya. Anda juga boleh menyediakan resepi ini rumah. Follow je step by step resepi ini.

 

RESEPI LASAGNA DAGING

Lasagna ini kalau lagi banyak cheese lagi sedap. Boleh siap bertarik-tarik cheese nya nanti. Anda pun pasti tak sabar nak mencubanya kan. Tanpa buang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara penyediaan resepi lasagna daging ini. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Mozarella cheese
  • Kulit lasagna

[]

Bahan sos bolognese :
  • 1 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah
  • Lobak
  • 7 ulas bawang puti
  • 1 sudu besar setiap Italy herb (oregano, parsley, basil)
  • Daging burger atau daging cincang
  • Garam secukup ras
  • Gula secukup rasa

 

Bahan sos putih
  • 3 cheese cheedar
  • 2 sudu tepung gandum
  • 3 cawan susu full cream
  • Garam secukup rasa

[]

CARA PENYEDIAAN LASAGNA DAGING :

▶️ Pertama, masukkan bawang, sos cili, sos tomato, sos tiram, tomato dan  carrat. Gaul rata.

[]

▶️ Kemudian, masukkan daging cincang, italy herbs,garam dan gula. Biarkan masak seketika.

▶️ Ini cara hasil sos bolognese. Siap.

▶️ Kedua, untuk menghasilkan sos putih. Masukkan susu full cream.

▶️ Masukkan air tepung, masukkan cheese, masukkan garam secukup rasa.

▶️ Kacau sehingga kuah ini pekat. Tutup api biarkan seketika.

▶️ Siap untuk sos bologness dan sos putih. Ketepikan seketika.

▶️ Panaskan air sehingga mendidih. Kemudian rebus kulit lasagna sehingga lembut.

▶️ Susun kulit lasagna ke dalam bekas. Masukkan sos bolognese hingga rata di semua permukaan kulit lasagna.

▶️ Masukkan sos putih. Guna step yang sama dan ulang hingga korang rasa penuh.

▶️ Akhir sekali, letak mozarella. Nak letak banyak-banyak pun boleh.

▶️ Siap !

 

BACA JUGA: Resepi Puding Laici Delicious Hanya Menggunakan 3 Bahan Asas Sahaja. Syok Dimakan Sejuk-Sejuk!

 

Siap untuk dihidang! Makan time panas-panas memang syok.  Terasa lemak-lemak keju. Siapa yang suka makan keju wajib suka resepi ini. Kalau beli diluar confirm harga mahal. Buat sendiri lagi jimat boleh makan banyak-banyak bersama keluarga.

Lanasga ini kalau nk buat banykak- banyak pun, simpan dalam peti ais untuk jadikan frozen. Bila nak makan tinggal panas dalam microwave je. Senangkan! Kalau tak nak makan nasi malam-malam pun bole. Makan ini pun pasti dah kenyang. Tinggal panas kan je.

Resepi yang sangat sedap dan jimat jika dibuat dirumah. Rugi lah kalau tak mencubanya. Semoga dengan perkongsian resepi lasagna daging ini memberikan anda manfaat. Boleh juga share supaya orang selain pun boleh mendapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.