Resepi Sambal Garing Ikan Bilis Petai Menaik Selera Ketika Makan, Hidangan Yang Simple Dan Cepat Dimasak!

0 10,498

Biasanya petai akan dimasak dengan sambal udang, tapi kali ini kita cuba kongsikan resepi lain sedikit iaitu Resepi Sambal Garing Ikan Bilis Petai pula. Walaupun petai ulam yang berbau busuk, tetapi bila dibuat ulam sangat sedap rasanya.

Petai sejenis ulam yang berbau dan rasanya pahit bila dimakan mentah, tetapimereka yang sukakan ulam akan suka rasa pahit dari petai. Pelbagai hidangan yang boleh disediakan dengan petai, tapi yang paling femes ialah masak sambal petai dengan udanglah.

Biasanya petai apabila dibuat ulam akan dicelur, dibakar atau dijerutkan untuk makan bersama nasi putih dan sambal belacan atau budu. Kadang-kadang makanan yang macam ini sahaja sudah menaikkan selera kita semasa makan.

Ikan bilis jika digoreng ranggup sedap merantah macam itu sahaja, belum lagi dibuat sambal. Kalau yang tahu ikan bilis ini sudah cukup masin, jadi bila dimasak sambal garing macam ini tidak perlu letak garam pun sudah rasa kemasinannya.

Hidangan yang simple kadang-kadang itu yang paling sedap, tak perlu lauk yang banyak untuk mendapatkan selera ketika makan cukup makanan yang boleh mebuat kita bertambah-tambah ketika makan sahaja. Resepi sambal garing ini dikongsi oleh Mawar Alina.

 

RESEPI SAMBAL GARING IKAN BILIS PETAI

Bila musim petai pasti ramai berpusu-pusu mencari petai untuk dimakan, kadang-kadang petai boleh mencecah seringgit sepapan. Walaupun agak mahal tapi petai ini bila dimasak sambal sangat sedap sekali, untuk mendaptkannya pun agak susah juga.

photo6271635297615850611.jpg (960×759)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Petai
  • Ikan bilis
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Sedikit gula
  • 1 sudu kecil pes asam jawa

photo6271635297615850612.jpg (960×757)

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL GARING IKAN BILIS PETAI

▶️ Mula-mula sediakan bahan-bahan. Basuh bersih ikan bilis dan goreng garing, ketepikan dulu.

▶️ Selepas itu tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang besar. Kemudian tumiskan dengan sedikit minyak.

▶️ Apabila semua dah wangi, masukkan gula perang/putih, biarkan bercaremal dan kacau rata.

▶️ Masukkan pes asam jawa, sambal ni tidak ada penambahan air.

▶️ Kemudian masukkan petai, kacau rata 2 atau 3 minit, biarkan seketika baru masukkan ikan bilis dan sedikit lagi gula perang (gula perang dimasukkan akhir masakkan ni tips untuk ikan bilis kekal rangup)

▶️ Kacau bagi bergaul mesra dan sebati semuanya.

photo6271635297615850613.jpg (960×832)

 

BACA JUGA : Resepi Soto Ayam Letop Yang Sangat Sedap, Dihidangkan Sekali Dengan Sambal Kicap Dan Bergedil Yang Meletop!

 

Kalau masak hidangan macam ini perlu masak nasi lebih, nanati tak cukup nasi sebab asyik tambah-tambah je makannya. Dah tak perlu nak berkuah bagai cukup dengan sambal ikan bilis petai ni sahaja untuk menambah selera.

23637289.jpg (1200×800)

Minyak untuk menumis tidak perlu terlalu banyak, kerana sambal ini perlu kering dan kita tidak mahu sambal yang terlalu berminyak nanti berkuahkan minyak pulak. Kepedasan bergantung pada selera sendiri, jika ingin pedas boleh tambahkan lagi kuantiti cili padi tersebut.

Resepi sambal garing ikan bilis petai ini mudah sahaja untuk disediakan, kalau ibu-ibu yang sibuk berkerja boleh sediakan hidangan ini untuk hidangan tambahan, cepat dan mudah disediakan. Resepi dah ada jangan pening-pening lagi nak sediakan hidangan apa lagi, boleh mencuba resepi ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.