Resepi Udang Buttermilk Cheese Yang Terlajak Sedap. Peminat Buttermilik Cheese Wajid Cuba Resepi Ini Memang Padu!
Pengemar udang! Tapi tak tahu nak masak apa? Jom cuba resepi udang buttermilik cheese yang terlajak sedap. Resepi ini sangat simple dan sangat mudah penyediaan jika anda masak dirumah confirm sampai menjilat jari. Resepi udang buttermilik cheese sangat popular dijual di restoran-restoran dikitar Malaysia dan harganya agak mahal berbanding buat dirumah.
Ade juga dihotel-hotel mewah yang menghidangkannya. Resepi ini juga boleh ditukar dengan lauk lain seperti ayam, ketam, lala dan sebagainya, tapi kali ini kita cuba udang pula. Cara penyediaan lebih kurang sama je, cuma gantikan udang sebagai bahan utama.
Kelazatnya tidak dapat dinafikan. Udang akan digoreng lebih dahulu menggunkan serbuk kunyit sebelum ditumis dengan buttermilik cheese. Jangan bimbang jika rasa muak, sebab anda boleh tambah sedikit cili, tekak melayu mesti nak rasa sedikit pedaskan.
Kepada mereka yang biasa makan mesti dah tahu kesedapan dan kelazatan resepi ini kan. Yang belum pernah cuba dan tidak rasa pernah masak butermilik cheese ini, apa kata tukar selera anda kereta menu ala-ala hotel ini. Wah, confirm bertambah nasi hari ini. Memang sedap!
Resepi udang buttermilik chesse ini telah dikongsi oleh seorang pengguna facebook cik cik puan Iqtiyani Md Al-Amin. resepi ini boleh dimasak sedikit kering dan boleh juga berkuah. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Yang pastinya kedua-duanya sedap.
RESEPI UDANG BUTTERMILK CHEESE
Penggunaan chesses dalam menu ini menjadikan masakan ini lebih berkrim dan lebih sedap. Siapa penggemar chesee iu mesti suka menu ini. Tak sabar nak masak ke tu? Sebelum itu apa kata anda lihat bahan memasak satu persatu. Jadi senang nak masak kan nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 kg udang
- 1 tin susu cair
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/4 biji bawang holland (dipotong dadu)
- 6-7 helai daun kari
- 1/2 kiub ayam
- 1/2 sudu serbuk kari
- Sehelai daun pandan
- Cili – optional
- Sekeping cheese
- Tepung jagung
- 1/4 butter
CARA PENYEDIAAN BUTTERMILK CHEESE :
▶️ Goreng udang terlebih dahulu. Letak garam, gaul sebati dan simpan sebentar di dalam peti sejuk 10 minit. Tabur tepung jagung pada udang, salut rata. Goreng sehingga udang berubah keemasan. Jangan goreng terlalu lama. Siap goreng ketepikan dahulu udang.
▶️ Untuk kuah panaskan kuali dan cairkan mentega.
▶️ Tumis bawang holland, bawang putih, daun kari, hirisan cili dan daun pandan sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.
▶️ Bila dah mendidih, masukkan susu cair kemudian masukkan kiub ayam, secubit garam dan 1/2 sudu kecil gula.
▶️ Kemudian masukkan cheese. Kacau rata dan biarkan mendidih. Bila kuah dah pekat, tutup api.
▶️ Tuang kuah di atas udang, siap.
BACA JUGA : Puding Roti Pandan Viral Yang Lembut Dan Marvelous. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Padu Tak Cukup Satu Dibuatnya!
Kalau tak nak tambah garam pun takpe sebab kuih dan btter dah masin. Kalau anda suka berkuah tak perlu tunggu kering sangat. Dan nampak cantik tu dan kuah mengelegak terus boleh dihidangan, makan dengan nasi panas-panas memang sedap sampai menjilat jari dan tak toreh kiri kanan dah.
Udang pun tak perlu masak lama, sebab udang telah digoreng terlebih dulu tadi. Sedap kalau udang jucy didalam, dan garing diluar, rasa lemak-lemak buttermilik cheese yang itu membangkit lagi selera anda. Lepas ini kalau nak makan tak perlu ke restoren mewah boleh je buat sendiri senang kan.
Lauk ini juga boleh dihidangkan pada bila-bila masa, tidak kira untuk hidangan tengah hari ataupun malam. Kalau anda suka boleh follow je resepi yang dikongsikan, semoga dengan pengkongian resepi udang buttermilik cheese ini memberikan manfaat buat anda semua. Selamat memcuba!