Puding Roti Pandan Viral Yang Lembut Dan Marvelous. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Padu Tak Cukup Satu Dibuatnya!
Roti merupakan makanan ruji yang sangat popular dalam masyarakat barat dan merupakan salah satu makanan yang menjadi kesukaan ramai. Roti ini, boleh dimakan pada bila-bila masa tak kira untuk sarapan pagi, minum petang atapun sebagai kupadan. Memandangkan ramai suka makan roti apa kata kita cuba resepi puding roti pandan dirumah.
Roti dihasilkan daripada doh tepung gandum yang digaul dengan yis, dan biarkan naik kemudian akhirnya dibakar dalam oven. Tekstil roti ini yang sangat lembut dan sedap menjadikan kesukaan ramai tidak kira muda atau tua. Roti juga merupakan satu makanan snek jika hendak berjalan jauh dan menjadi bekalan didalam kereta.
Kadang-kadang roti yang hampir tamat tempoh ramai terus buang kan, namun sebenarnya roti tersebut masih boleh dimakan tau, sayang jika terus buang. Roti sebenarnya boleh dijadikan pelbagai menu kuih ataupun puding, menu tersebut ini boleh dijadikan hidangan untuk keluarga.
Baru baru ini, sana sini bercakap tentang roti viral iaitu roti pandan gula melaka yang diluarkan oleh syarikat Gardenia. Roti ini bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, namun roti sebenarnya boleh dijadikan sebagai kuih ataupun puding dan cara penyediaan puding ini sangat mudah senang, anda boleh je follow resepi dibawah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada salah seorang pengguna facebook iaitu cik puan Rozita Daud kerana sudi berkongsi resepi yang mudah dalam menyediakan puding roti pandan yang ringkas ini. Yang pastinya mudah untuk anda dibuat di rumah nanti
RESEPI PUDING ROTI PANDAN
Resepi puding kali ini sangat mudah kerana tidak mengunakan banyak bahan dalam penyediaan, tapi rasanya memangnya sedap, anak-anak pasti suka. Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan puding pandan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 7 keping roti pandan
- 2 sudu tepung jagung
- 1 kotak santan kotak
- 1 biji telor
- Secubit garam
- 3 senduk Gula
- 700ml air
- 9 gram agar-agar tali
CARA PENYEDIAAN PUDING ROTI PANDAN :
▶️ Roti pandan potong tepi, tepi jangan buang blender kering untuk hiasan atas.
▶️ Masukkan tepung jagung, santan, telur dan garam ke bekas gaul jangan ada ketul-ketul tepung jagung. Biarkan kejap.
▶️ Masuk 700 ml air, kemudian masak sampai agar-agar jadi air, dah masukkan gula pasir. Kacau bagi gula larut, kemudian masukkan bahan diatas tadi.
▶️ Masak sampai berkilat, ingat kena kacau kalau tidak puding tadi akan berketul-ketul. Lepas itu, letak puding dalam loyang kemudian letak roti diatas nya, boleh ikut seperti dalam gambar diatas.
▶️ Last tabur sebuk tepi roti macam ini, sejuk kan sebelum Potong.
▶️ Siap potong, jom makan memang sedap!
BACA JUGA : Resepi Bihun Bakso Yang Simple dan Sedap. Makan Dengan Sambal Cili Lagi Padu!
Dah siap! Nampak sedapkan kan. Apa kata, jika ada roti yang tidak habis dimakan, jangan dibuang, ia nya boleh dijadikan puding atupun kuih untuk dihidangan pada keluarga anda. Cara penyediaan resepi ini juga mudah anda tidak perlu mengunakan evon ataupun penggukus, hanya dibiarkan sejuk dan boleh terus dimakan.
Lepas dah tahu resepi ini, pasti ramai yang ingin mencubanya di rumah. Rasa yang lembut dan lemak manis santan dan hidangkan sejuk-sejuk pasti akan membangkitkan selera anda. Jika anda suka manis, anda juga boleh ubah tahap kemanisan dalam resepi anda, kerana rasa roti pandan ini agak sedikit tawar.
Tak rugi jika anda ingin mencuba menu ini kerana resepi puding roti pandan ini sangat mudah dah ringkas. Semoga dengan pengkongsian menu ini memberikan anda inpirasi dalam mempelbagai menu masakan anda dirumah. Selamat mencuba!