Resepi Telur Itik Masak Lemak Pucuk Ubi Dan Petai Yang Simple. Sajian Yang Santai Namun Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 1,023

Masakan gulai lemak telur itik merupakan masakan yang paling simple dan sangat sedap. Sajian ini juga merupakan makanan kesukaan ramai. Selain telur itik dibuat telur masim. Ia juga sedap dimasak dengan pelbagai menu. Hari ini apa kata kita lihat perkongsian resepi telur itik masak lemak pucuk ubi dan petai. Yang semestinya sangat menarik dan mantap.

Kebiasaanya kalo masak lemak ni, telur itik akan direbus dulu bersama cuka. Ianya berfungsi untuk menjadikan telur itik cepat kental, kelihatan cantik dan tidak berselerak dalam kuah gulai bila dimasak. Tapi boleh juga terus pecah telur itik ke dalam periuk. Rasanya lebih enak kerana telur itik akan menyerap dengan ramuan tersebut.

Masakan ini bertambah sedap bila dimasak dengan pucuk ubi dan petai. Rasa lemak-lemak santan dan lemak manis pucuk ubi menjadi ianya kombinasi yang mantap dalam masakan. Manakala aroma petai juga boleh menjadikan ia sangat menyelerakan.

Cara penyedian resepi ini sangat mudah dan senang. Bahan yang digunakan pun sangat simple. Bila masak telur itik dengan pucuk ubi, kuah lemak ini akan menjadi sedikit berwarna kehijauan kerana pucuk ubi ditumbuk dengan separuh lumat mengeluarkan air berwarna hijau. Namun rasanya tetap sama dan sedap.

Bagi yang penggemar masakan lemak  cili api boleh follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook En Resipi & Dekorasi Muhamad Muktamin. Hidangan ini sangat sesuai juga dihidangkan untuk menu tengah hari ataupun menu makan makan. Makan dengan nasi panas-panas pasti akan bertambah selera.

 

RESEPI TELUR ITIK MASAK LEMAK PUCUK UBI DAN PETAI

Hanya dengan sajian ni pun sudah membangkitkan selera makan anda. Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan masak gulai lemak itik pucuk ubi dengan petai yang super sedap ini. Bila dan buat confirm anda pasti suka.

[]

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 6 biji telur itik
  • 5 papan petai dibelah dua
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji setengah santan kelapa
  • Sejemput ikan bilis (pilihan)
  • Garam secukup rasa

 

Bahan tumbuk :
  • Seikat pucuk ubi ditumbuk kasar/separuh lumat
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • Cili api padi (ikut kepedasan)
  • 3 batang serai

[]

CARA PENYEDIAAN TELUR ITIK MASAK LEMAK PUCUK UBI DAN PETAI :

▶️ Masukkan bahan tumbuk bersama asam keping, ikan bilis dan santan ke dalam kuali.

[]

▶️ Biarkan masak sampai mendidih agak-agak pucuk ini dah lembut. Gaul rata.

[]

▶️ Masukkan telur itik dengan perlahan dan berhati-hati. Biarkan api sederhana perlahan agar telur itik masak dengan bentuk yang bulat dan tidak hancur.

▶️ Masukkan petai penambah aroma. Ini juga pilihan jika suka boleh masukkan.

[]

▶️ Kalau telur itik dah masak atau separuh masak bahagian kuningnya. Bolehlah tutup api.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Telur Pecah Sambal 3 Rasa Yang Sedap Dan Padu. Menu Simple Tapi Membuka Selera Seisi Keluarga!

 

Senang kan resepi ini! Dan pastikan sangat mudah penyediaannya. Makan dengan nasi panas pasti bertambah berselera makan anda. Kalau nak bagi sedap makan dengan ikan masim, ikan goreng kunyit kosong pun dah cukup apalagi kalau ada sambal gesel lagi layan lah makan.

Tak susah pun nak sediakan gulai lemak telur itik ini. Campak-campak je dan siap. Tapi kalau anda tidak gemar dengan bau aroma petai. Anda boleh skip petai dalam hidang ini. Petai ini merupakan option dalam masakan ini. Tapi kalau anda suka petai boleh letak banyak-banyk petai dalam hidangan anda ini. Ianya terpulang pada cita rasa masing.

Semoga dengan perkongsian cara menyediakan resepi telur itik masak lemak pucuk ubi dan petai dapat memberi manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain juga dapat mendapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.