Resepi Puding Laici Delicious Hanya Menggunakan 3 Bahan Sahaja. Syok Dimakan Sejuk-Sejuk!
Nak sesuatu yang menyegarkan tekak hujung minggu ni? Jom cuba resepi puding laici. Menu yang sangat simple dan sedap. Makan sejuk-sejuk memang syok sangat. Puding merupakan salah satu menu yang sangat digemari ramai kerana rasa yang menyegarkan dan tekstur yang sangat lembut.
Puding ataupun pencuci mulut adalah bahagian terakhir dihidangkan selepas makan. Dan biasaya makanan tersebut sangat lazat. Puding juga mempunyai banyak perisa dan banyak jenis. Antara puding yang famous ialah puding jagung, puding cermin, puding pandan dan termasuk puding laici ini sendiri.
Seperti diketahui umum, pencuci mulut adalah makanan manis yang disajikan pada penghujung makan atau hidangan. Namun dalam cuasa yang sejuk panas memang tekak nak cari sesuatu yang sejuk. Jadi puding ini juga sesuai dihidangan pada bila-bila yang anda suka.
Penyediaan puding laici juga sangat mudah dan ringkas yang hanya menggunakan bahan asas seperti agar-agar, sirap laici, dan buah laici tin sahaja. Tapi kalau nak heaven boleh makan dengan susu segar dan kastart. Memang layan lah! Anak-anak confirm suka.
Bila dah buat tu, simpan je dalam peti sejuk. Tiba nak makan baru hidangkan. Wah! Terasa lega je bila lalu ditekak. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang yang tak menentu nih. Jom kita ikut resepi simple yang dikongsikan oleh cik puan Aisyah Humaira difacebooknya.
RESEPI PUDING LAICI
Menu yang sangat simple dan sangat sedap. Tak perlu nak sedia bahan yang banyak. Dalam masa 10 mint pun dah boleh hasilkan puding untuk family. Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimaana cara menyediakan puding laici ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Agar-agar
- Sirap laici
- Buah laici dalam tin
- Air
CARA PENYEDIAAN PUDING LAICI :
▶️ Masukkan air kedalam periuk. Kemudian masukkan serbuk agar-agar kedalam periuk tersebut. Kacau sehingga mendidih.
▶️ Selepas itu masukkan sirap laici ke dalam periuk. Gaul rata. Kemudian tutup api.
▶️ Ambil bekas atau loyang susun buat laici mengikit cita rasa ada. Tuang puding tadi kedalam bekas.
▶️ Biarkan sejuk seketika semua masukkan kedalam peti ais.
▶️ Siap untuk dihidang. Makan dengan susu segar pun sedap.
BACA JUGA: Resepi Telur Itik Masak Lemak Pucuk Ubi Dan Petai Yang Simple. Sajian Yang Santai Namun Bertambah Nasi Dibuatnya!
Wah! Siap untuk dihidang buat keluarga. Puding ini juga sesuai juga hidangkan untuk minum petang atapun ataupun bila-bila masa sahaja. Selain isi buah laici anda juga boleh mempelbagaikan buah dalam hidang ini seperti mata kucing, rambutan, logang ataupun nak tambah nata de coco pun boleh. Ianya terpulang pada selera masing-masing.
Nak buat puding tak perlu ambil masa yang lama pun. Jimat masa dan yang penting jimat kos. Bahan-bahan yang digunakan pun tak renyah. Kalau ada masa lapang boleh buat puding ini untuk anak-anak. Confirm mereka suka. Selain itu, nak sajikan sebagai pemanis mulut kepada tetamu pun boleh.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi pusing laici ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share resepi ini supaya orang lain pun mendapat manfaat yang sama. Selamat bercuba!