Resepi Nasi Kurma Daging Adabi, Hidangan Yang Sedap Dan Mudah Disediakan!

0 7,511

Sebelum ini kami pernah kongsi Nasi Kari kambing adabi, sekarang Kami nak kongsikan Resepi Nasi Kurma Daging Adabi pula.

Ada lagi yang tidak tahu ke adabi juga keluarkan makan siap didalam tin seperti Kari kambing, Kurma daging dan lain-lain lagi. Hidangan kali ini akan menggunakan kurma daging adabi yang didalam tin tu.

Mungkin ada diantara ibu-ibu yang pernah merasa kurma daging adabi ni, pasti tahu kesedapan kurma daging adabi ni macam mana.

Resepi kali ni sama sahaja dengan resepi nasi kari kambing adabi. Kurma daging akan dimasak didalam nasi, membuatkan nasi rasa lagi sedap.

Resepi nasi kurma daging adabi telah dikongsi oleh Farhana Mispan di laman Facebook. Resepi ini simple dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak.

 

RESEPI NASI KURMA DAGING ADABI

Nak buat nasi kurma daging adabi kenalah cari kurma daging adabi yang di dalam tin tu, kalau guna kurma daging sendiri pun boleh.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2cwn beras basmathi
  • 2 tin kurma daging
  • 1 cwn susu cair (tak perlu penuh)
  • **Sebijik bwg besar (hiris nipis)
  • **3-5ulas bwg putih (hiris nipis)
  • **2inci halia (hiris nipis)
  • **Bunga lawang cket
  • **Sebijik tomato (potong kecik)
  • **Sikit akar ketumbar
  • 2sudu makan margerin tuk menumis
  • Kismis untuk hiasan
  • Garam n perasa ikut citarasa memasing

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI KURMA ADABI :

▶️ Mula-mula tumis semua bahan ** sampai layu.

▶️ Selepas itu masukkan kurma daging adabi, masukkan air (sukat 3 tin penuh kurma tu) dan susu. Masak biar mendidih.

▶️ Kemudian, masukkan dalam periuk yang ada beras.

▶️ Kacau-kacau sebati biar beras dan bahan yang masak tu mesra.

▶️ Biar kan bagi sejuk sikit dan masak nasi macam biasa.

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Sarang Semut. Resepi Yang Mudah Dan Sedap Untuk Ibu-ibu Yang Pertama Kali Ingin Mencuba!

 

Perh! Makan nasi sahaja pun dah sedap macam ni, sebab nasi dah cukup rasa dengan kurma daging. Makan pula dengan kuah dalca dan jelatah timun lagi berselera macam ni.

Nasi kurma daging adabi boleh kepada tetamu yang datang, rasa yang sangat sedap dan mudah untuk dibuat, jadi tak ada lah terlalu lama masak didapur ketika tetamu datang.

Resepi nasi kurma daging adabi ini sangat mudah untuk ibu-ibu ingin mencuba memasak hidang yang berbeza dari biasa. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.