Resepi Tortilla Chicken Wraps Yang Sedap Dan Berkhasiat. Isi Ayam Yang Padat Puas Hati Makan!

0 6,653

Sarapan pagi asyik makan mee goreng, roti canai, nasi lemak kadang-kadang muak jugakan. Apa kata sekali sekala cuba hidangan makanan ala western yang sedap dan enak untuk anak-anak. Resepi tortilla chicken wraps memang sangat ringkas dan berkhasiat. Memang sedap dimakan dengan isi ayam cincang dan sos. Anda boleh cuba dirumah nanti. Pasti mereka suka!

Hidangan tortilla chicken wraps ni bukan sahaja anak-anak suka, malah ibu dan ayah sendiri pun pasti suka hidangan ni. Bahan-bahan yang digunakan pun cukup simple dah tidak renyah. Roti wraps bila dimakan dengan isi ayam dan sayur memang lagi sedap, menu ni juga sesuai sangat yang nak tengah diet tu.

Selain dihidangkan untuk menu sarapan, malah hidangan tortilla chicken wraps ni boleh buat makan santai hujung minggu atau nak buat makan malam pun boleh. Resepi tortila ni memang kaya dengan rasa lemak manis dan masam, memang secukup rasa. Kalau dapat makan sepotong dua pasti tak cukup!

Resepi tortila chicken wraps ni dikongsikan oleh pengguna facebook iaitu Encik Ben Safwan. Rasa tak sabar pula nak cuba. Asyik makan nasi lemak, roti canai je untuk breakfast, anak-anak pun dah mula bosan. Jadi bolehlah anda cuba resepi ni pula.

Masukkan je apa bahan yang anda suka. Sayuran wajib anda letak barulah bertambah sedap. Susunkan satu persatu bahan cantik-cantik dan kemas. Kalau buat sendiri nak letak isi ayam padat-padat pun boleh. Selain tu, lagi jimat malah rasanya lebih sedap berbanding yang jual dikedai ataupun direstoran.

 

RESEPI TORTILLA CHICKEN WRAPS

Menu yang sangat simple dan sedap. Jom kita cuba! Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan tortila chicken wraps ni. Menu yang sangat ringkas dan berkhasiat untuk anak-anak.

Bahan-bahan yang perlukan :   
  • Roti tortilla wrap
  • Isi ayam (bahagian dada)
  • Salad
  • Tomota
  • Timun
  • Butter
  • Kewpie (Boleh pilih mengikut sukaan anda)

CARA PENYEDIAAN TORTILLA CHICKEN WRAPS :

▶️ Potong besar dan masukkan 1 1/2 sudu makan kewpie sesame Soy. Kisar hingga hancur.

▶️ Masukkan isi ayam kisar ke dalam kuali yang dah letakkan pure butter 1 sudu makan.

▶️ Masakkan isi ayam sampai sedikit kekuningan. Tepikan.

▶️ Bakar roti tortilla. Siapkan salad sayur pilihan.

▶️ Susun salad, letak sos kewpie pilihan. Kemudian letak isi ayam dan letak sos lain jika mahu.

▶️ Balut macam coklat. Pusing ke arah bertentangan. Wrap atau tape jernih bahagian tengah.

▶️ Baru potong dua. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Istimewa Udang Galah Buttermilk. Kuah Yang Cukup Lemak Berkrim, Pasti Puas Hati Makan!

 

Dah dah siap! Wah nampak sungguh menyelerakan resepi torlilla chicken wrap ni. Selain ayam, anda boleh menggunakan isi ketam, udang, daging hiris, telur dan sebagainya. Tapi nama pun akan bertukar, bukan lagi tortilla chicken wrap dah. Bergantung pada bahan yang anda gunakan.

Menu yang simple malah ianya sedap dan berkhasiat memang rugilah kalau anda tak mencubanya. Kalau hari-hari nak makan hidangan macam ni pun tak menjadi masalah. Rasanya memang tak muak. Malah yang paling penting ialah ianya sangat berkhasiat dan mengenyangkan.

Lepas ni kalau takda idea untuk hidangkan sarapan pagi untuk anak-anak boleh cuba resepi tortilla chicken wrap yang simple dan sedap ni. Hidangan yang ala-ala western ni pasti anak-anak akan suka. Semoga dengan perkongsian ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.