Resepi Pizza Homemade Yang Sangat Lembut Rotinya, Mewah Dengan Topping Untuk Dibuat Sendiri!
Pizza merupakan makanan segera yang sangat digemari oleh orang-orang muda sekarang ini. Biasanya order sahaja pizza bila nak makan, tapi kali ini cuba pula Resepi Pizza Homemade buat sendiri dirumah.
Makanan ini berasaskan doh yang dibuat base untuk pizza, kemudian akan diletak sos tomato puree, kepingan sosej, cheese dan banyak lagi bahan-bahan lain. Yang kemudiannya akan dipanggan atau dibakar sehingga masak.
Doh pizza boleh dibuat sendiri, caranya lebih kurang sahaja dengan doh yang lain. Bagi mendapatkan doh yang lembut perlu uli doh sehingga masak, maksudnya sehingga doh betul-betul lembut tapi tidak lekat ditangan.
Doh juga perlu direhatkan terlebih dahulu sebelum dibakar, biasanya akan direhatkan selepas diuli dan selepas dibentuk. Rehatkan doh sangat penting bagi tindak balas yis berkerja supaya doh akan mengembang.
Doh yang mengembang mempunyai gelembung udara didalamnya yang boleh membuatkan roti yang dibakar lebih lembut ketika dimakan. Resepi pizza homemade ini dikongsi oleh Saiful Nasuha.
RESEPI PIZZA HOMEMADE
Apabila buat sendiri bahan-bahannya pun boleh sesuka hati nak letak apa sahaja asal sedap dan mengikut selera kita. Kos untuk membuatkannya pun murah dan lebih jimat dari membeli yang dah siap.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Resepi doh (untuk 2 biji pizza size regular)
- 2 cawan tepung gandum
- 1sudu besar yis mauripan
- 1sudu besar marjerin
- 1sudu besar minyak
- 1sudu besar shortening
- secubit garam
- 1sudu besar gula
- air secukupnya
Bahan topping :
- Mayonis
- Sos macb& cheese (boleh juga guna sos bolognese/ carbonara)
- Cendawan butang
- Egg wash (telur & susu segar dicampur dgn black pepper ajishio)
- Daging burger ayam
- Sosej
- Mozarella cheese
- Oregano
- Chilli flakes
- Parsley kering
* Topping untuk pizza boleh letak mengikut citarasa sendiri
CARA-CARA PENYEDIAAN PIZZA HOMEMADE
▶️ Mula-mula satukan yis, gula dan air suam dalam 1 cawan, biarkan kembang.
▶️ Selepas itu didalam bekas lain masukkan tepung, garam, shortening, marjerin Dan minyak gaul rata.
▶️ Apabila yis sudah kembang, tuangkan ke dalam bekas tepung. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli doh smpai tak melekat di tangan. Perap doh selama 1 jam.
▶️ Tumbuk-tumbuk doh bagi keluarkan angin didalam doh.
▶️ Kemudian canai hingga menjadi bentuk base pizza.
▶️ Sapukan marjerin ke atas tudung periuk.
▶️ Letakkan doh dan cucuk permukaan doh dengan garfu sebelum letak topping.
▶️ Bakar pada suhu 180°c selama 25 minit.
▶️ Jika ingin buat frozen bakar dahulu 5 minit dan simpan di dalam plastik.
BACA JUGA : Resepi Rendang Daging Negori Cili Padi Istimewa, Sangat Sedap Dan Super Pedas!
Syok bila dapat makan pizza, lebih syok bila buat sendiri. Doh diuli sendiri sehingga lembut, bermacam-macam topping diletak supaya rasanya sedap dan mewah. Apabila buat sendiri rasanya lebih sedap kerana mengikut cita rasa kita sendiri.
Jika ingin pizza macam kedai yang boleh tarik sahaja cheese, kena letakkan mozarella cheese yang banyak. Semasa panas, cheese akn mencair dan memudahkan untuk tarik. Sebab itu bila buat sendiri topping akan lebih mewah diletakkan.
Bila buat pizza sendiri boleh jadikan aktiviti dengan kanak-kanak dengan beri kebenaran untuk mereka letakkan topping mengikut kreativiti sendiri. Rasanya resepi pizza homemade ini sangat mudah untuk bigginer yang ingin mencubakannya.