Resepi Ayam Masak Oren Sunquick Chinese Style. Hidangan Paling Simple Dan Sangat Sedap!

0 939

Tahukah anda oren sunquick boleh digunakan dalam pelbagai jenis resepi masakan. Selain diletak dalam minuman dan dijadikan perisa kek. Rupanya sedap juga resepi ayam masak oren sunquick Chinese style ni. Bagi yang tidak pernah try resepi ni, wajib cuba masak di rumah!

Kalau makan dengan nasi putih pun boleh bertambah-tambah dibuatnya. Masakan ni dikatakan agak unik juga. Hidangan yang dicampurkan dengan sunqick ni, bau dan aroma masakan akan menjadi wangi. Memang membangkitkan selera apabila dimakan nanti.

Dalam hidangan ayam masak oren sunquick Chinese style ni tak menggunakan banyak minyak dan tak ada masukkan gula pun. Ianya lebih kepada sos kicap dan perasa lada sulah. Malah masam manis dari  jus oren sunquick pun dah cukup menyedapkan rasa masakan anda.

Makan dengan nasi panas ni memang layan lah. Serius sedap. Resepi ayam masak oren sunquick tak berkuah dan memang tak dimasukkan air pun. Cukup sekadar bahan sos. Tapi kalau anda suka berkuah, anda boleh je masukkan air sedikit mengikut citarasa sendiri.

Resepi yang simple ni dikongsikan oleh Cik Puan Maryam Hussain. Memang sangat sedap dan ringkas sahaja resepi beliau. Ayam digoreng garing, kemudian digaulkan sebati dalam ramuan sos oren sunquick. Memang layan kalau dapat makan hidangan ni. Anda nak yang cuba boleh je follow resepi yang dikongsikan ni.

 

RESEPI AYAM MASAK SUNQUICK OREN CHINESE STYLE 

Masakan ni kalau dihidangkan untuk anak-anak memang sesuai kerana ianya tidak pedas. Mesti berselera bila dimakan. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan ayam masak sunquick Chinese style ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 6 ketul ayam
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos ikan
  • Sedikit tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1  sunquick perisa oren
  • 1 sudu sos cili
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK SUNQUICK OREN CHINESE STYLE :

▶️ Perap ayam bersama oren sunquick, garam dan lada sulah. Gaul ayam tadi bersama tepung jagung.

▶️ Kemudian goreng hingga keemasan. Kemudiaan angkat dan ketepikan.

▶️ Panaskan kuali bersama satu sudu minyak. Tumis bawang holland, bawang putih dan lada sulah hingga naik bau.

▶️ Masukkan sunquick, sos cili, sos tiram, sos ikan. Kemudian kacau sebati.

▶️ Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Canai Homemade Yang Simple Dan sedap. Tekstur Yang Rangup Dan Lembut Sampai Ke Petang!

 

Wah dah siap! Tengok gambar pun menyelerakan dah! Apatah lagi kalau makan dengan air tangan sendiri mesti lagi padu. Gaul sos nya dengan nasi putih memang layan lah. Hidangan ni memang sesuai hidangkan pada bila-bila masa yang anda suka. Tak kira untuk makan tengahari atau pun akan makan. Pasti bertambah-tambah dibuatnya!

Kalau jenis tekak melayu memang tak sah kalau makan tiada rasa pedas kan. Kalau anda suka pedas boleh potongkan cili dan masukkan dalam masakan anda. Wah pastu bertambah sedapkan. Hidangkan bersama sayur kubis goreng pun dah lengkap hidangan ni untuk keluarga anda.

Semoga resepi ayam masak oren sunquick Chineses style ni memberi anda manfaat dan inpirasi dalam mempelbagai menu hidangan anda. Anda boleh save dulu resepi ni kalau ada kelapang nanti boleh suka buat dirumah. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.