Resepi Hokkaido Cupcake Cream Cheese Leleh Yang Sangat Marvelous. Gebu Dan Cair Dimulut!

0 512

Hokkaido cupcake cream cheese leleh terkenal dengan tekstur yang gebu dan filling yang menarik. Rasa yang sedap dan lembut lebih-lebih lagi baru lepas dibakar. Boleh bau semerbak aroma kek. Kalau anda nak cuba buat boleh follow resepi hokkaido cupcake cream cheese leleh. Pastu anda akan teruja dengan hasilnya nanti!

Kek hokkaido juga bersifat gebu, ringan dan wangi. Memang membangkitkan selera apabila dihidangkan. Kebiasaannya kek hokkaido ni dibuat dalam versi cupcake yang mana ia mudah untuk dihidangkan  nanti. Kombinasi filling cream cheese memang rasanya sangat sedap.

Yang membezakan rasa atau flovour Hokkaido cupcake ialah perisa fillingnya. Filling cream cheese ni antara adunan filling yang sedap, manis dan berlemak. Kadang-kadang ada juga yang suka adunan filling kastard dan macam-macam lagi perisa.

Kek hokkaido ni menggunakkan bahan yang agak simple dan cara penyediaan kek ni juga mudah. Hanya perlu membuat dua bahagian iaitu adunan untuk kek dan aduanan untuk fillingnya. Dan kek hokkaida ni sesuai untuk hidangan bersama keluarga. Boleh juga sajikan untuk hari lahir dan majlis keramaian yang lainnya.

Resepi hokkaido cupcake cream cheese leleh ni dikongsikan oleh Cik Puan Shai Anne Ahemed.  Kek ni antara kek yang sangat mudah dan sesuai untuk anda mencubanya. Tidak perlu risau follow je step by step yang dikongsikan ni. Pasti ianya menjadi!

 

RESEPI HOKKAIDO CUPCAKE CREAM CHEESE

Perisa pandan memang dah sinonim dengan kek hokkaido ni. Jarang ada perisa lain. Yang membezakannya ialah fillingnya sahaja. Selain cream cheese dan kastart yang digunakan. Ada juga filling lain yang menggunakan coklat, blueberry, strawberi dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan yang perlukan : 
Bahan cupcake: 
  • 5 biji telur kuning saiz B
  • 5 biji telur putih saiz B
  • 75gm gula (bahagi 2, satu 35gm satu lagi 40gm)
  • 1st esen vanila (tak letak pun takpa)
  • 110gm tepung superfine /tepung nova
  • 100ml susu fresh milk
  • 60ml minyak masak

 

Bahan cream cheese :
  • 125gm cream cheese tatura
  • 100gm susu pekat manis
  • 3 sudu besar fresh milk

CARA PENYEDIAAN HOKKAIDO CUPCAKE CREAM CHEESE : 

▶️ Pukul telur putih hingga kembang. Masukkan 40gm gula kastor. Pukul hingga soft peak (keras & tak jatuh).

▶️ Satukan 35gm gula, kuning telur ,1 st esen vanilla. Mix sebati.

▶️ Kemudian masukkan susu, minyak. Masukkan tepung mix sebati.

▶️ Last sekali campurkan adunan kuning telur dan putih telur gaul dengan senduk sehingga sebati. Jangan guna mixer ok.

▶️ Manakala cara penyediaan cream cheese. Masukan cream cheese dan susu pekat ke dalam mangkuk. Mix kan sebatikan. Masukkan fresh milk dan mix sebati lagi.

▶️ Tuang dalam cup penuh. Susun keatas loyang.

▶️ Bakar pada suhu 180c. Atau ikut suhu oven masing-masing sehingga masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Oren Sunquick Chinese Style. Hidangan Paling Simple Dan Sangat Sedap!

 

Wah! Selain rupa yang cantik, ianya juga nampak sangat gebu dan lembut. Tapi untuk nampak case menjadi elok. Sebelum di picitkan filling ni ke dalam hakkoido cupcake ni, biarkan dulu ianya sejuk seketika. Baru lah dimasukkan filling cream cheese tu tadi.

Kalau anda ni kreatif boleh hiaskan kek hakkaido cream cheese leleh ni dengan pelbagai buah potong seperti mangga, strawbery, blueberry kewi dan sebagainya Bukan sahaja cantik, malah ianya lebih sedap tau. Tak caya anda boleh cuba!

Bila dihidangkan pada keluarga pasti mereka suka. Semoga dengan perkongsian resepi kek hokkaido cream cheese leleh  ni dapat memberi anda manfaat. Boleh share juga resepi ni pada kawan-kawan supaya sama-sama mendapat manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.