Resepi Puding Mangga Harum Manis. Puding Kayangan Yang Sedap Dimakan Ketika Sejuk!

0 2,837

Sekarang ni musim mangga harum manis, ramai betul orang order mangga harum manis sekarang. Walaupun tak boleh merentas negeri tapi boleh beli melalui online dah. Macam mana ye rasa Puding Mangga Harum Manis, mesti sedapkan.

Puding kalau makan sejuk-sejuk memang nyaman sekali. Kali ni resepi puding kayangan sebab harga mangga harum manis bukan biasa-biasa tau.

Mangga bukan setakat buat jus je sedap, buat puding pun sedap dengan rasa masam manis dari mangga sangat sedap sekali.

Apa kata kita cuba resepi puding mangga dari perkongsian saudari Fatimah Loman K’moss dari laman Facebook. Memang nampak kayangan sikit puding ni, tapi rasanya sangat sedap!

Puding mangga memanag membuka selera bila dimakan sejuk-sejuk, tambah pula pada musim panas nikmatnya sampai tak terkata.

 

RESEPI PUDING MANGGA HARUM MANIS

Mangga harum manis bukan senang nak dapat, tapi ibu-ibu boleh tukarkan kepada mangga biasa yang masak rasa yang manis ye bukan mangga masam.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A
  • 10g agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji mangga
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit lemon yellow
  • Secubit garam – jika suka

CARA-CARA PENYEDIAAN BAHAN A

▶️ mula-mula, agar-agar tali gunting kecil-kecil dan jirus air/cuci,

▶️ Selepas itu, masak dgn air bagi larut agar-agar

▶️ Sementara tu boleh blender buah mangga, susu cair, tepung jagung dan sedikit lemon yellow hingga hancur halus

▶️ Tuang kedalam periuk agar-agar tadi, kacau sedikit dan masukkan susu pekat dan secubit garam jika suka

▶️ Kacau-kacau sehingga sebati dan tak perlu masak sampai mendidih.

▶️ Akhir sekali, basahkan dulu loyang 8×8 dan tuang kesemuanya. Biarkan sederhana beku

Bahan B
  • 10g agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 susu pekat manis
  • 2 biji mangga – potong dadu
  • 2 – 3 sudu oren sunquick 

 

CARA-CARA PENYEDIAAN BAHAN B :

▶️ Mula-mula, masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar

▶️ Ketepikan dulu 1/2 cawan agar-agar ni

▶️ Selepas itu, tuang susu cair dan susu pekat. Kacau sehingga sebati.

▶️ Kemudian, tuang perlahan-lahan atas puding mangga tadi. Biarkan sederhana beku

▶️ Mangga yang di potong dadu + dengan oren sunquick gaul rata.

▶️ Susun/tabur mangga perlahan-lahan atas puding susu tu keseluruhan loyang

▶️ Selepas itu, 1/2 cawan agar-agar yang di asingkan tadi panaskan semula atas api perlahan bagi cair

▶️ Tuang sikit2 atas puding mangga (bagi keseluruhan mangga terkena agar-agar ni supaya mangga melekat elok dan tak terkeluar dari puding.

▶️ Masuk dlm peti sejuk 1 jam atau lebih dan keluarkan puding dari loyang. Potong ikut suka. Sedia dihidang

 

BACA JUGA : Resepi Bihun Sup Utara. Makan Dengan Sambal Cili Merah Memang Padu Habis!

 

Cantik betul puding mangga harum manis ni, letak dalam peti ais bagi sejuk betul-betul baru potong. Sambil menaip sambil telan air liur dah ni, tak sabar betul nak makan sejuk-sejuk.

Apa-apa mangga pun boleh digunakan untuk membuat puding mangga ni, tak semestinya kena guna mangga harum manis sahaja. Ibu-ibu juga boleh tukarkan agar-agar tali dengan agar-agar serbuk, tak semua orang pandai masak guna agar-agar tali.

Resepi puding mangga harum manis memang nampak exclusive sangat, satu hidangan pencuci mulut yang sangat sedap dan sesuai untuk minum petang. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.