Resepi Goreng Cili Ikan Bilis Meletup. Pembangkit Selera Makan Bersama Nasi Putih!

0 772

Cakap pasal sambal ikan bilis ni semua mesti terbayang nasi lemakkan? Kali ni Resepi Goreng Cili Ikan Bilis berbeza dengan sambal ikan bilis yang dimakan dengan nasi lemak tu.

Sekarang ni sudah banyak sambal ikan bilis kering yang dikomersialkan, tapi tak sama dengan sambal yang kita nak buat hari ni. Sambal yang buat sendiri hasilnya pasti puas hati sebab ikut citarasa yang kita inginkan.

Sambal goreng cili ikan bilis sedap dimakan dengan roti, lempeng mahu pun dengan nasi putih panas-panas memang kick habis.

Bila terlalu banyak sangat makan lauk yang bermacam-macam pasti akan ada hari dah tak selera nak makan lauk yang banyak. Masakan simple juga akan jadi pilihan apabila tak ada selera.

Resepi sambal goreng cili ikan bilis dikongsi oleh Huda Ghazali, resepi dari mak saudaranya. Resepi simple ni dapat membangkit selera setiap kali makan, pasti dah tak pandang sebelah dah.

 

RESEPI SAMBAL GORENG CILI IKAN BILIS

Untuk mendapatkan sambal yang sedap, bahan tumis perlu dimasak sehingga pecah minyak dan sempurna barulah sambal yang dimasak akan sedap bila siap nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Cili kering direbus
  • Ikan bilis digoreng garing
  • Bawang putih 2 atau 3 ulas
  • Bawang merah 2 biji (dihiris)
  • Garam secukup rase

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL GORENG CILI IKAN BILIS :

▶️ Blender cili kering dengan bawang putih.

 

▶️ Selepas itu, goreng cili yang dah dikisar sampai garing sehingga naik minyak. Letak garam sedikit. Jangan banyak sebab Ikan bilis dah masin.

▶️ Masukkan bawang merah yang dihiris sampai layur.

▶️ Kemudian, tutup api. Sejukkan sambal, baru laa masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi.

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Kam Heong. Rasa Yang Sedap Secukup Rasa!

 

Fuh! Bau sambal goreng cili ikan bilis ni dah memanggil-manggil suruh makan. Sambal ni tidak terlalu berkuah dan sedap juga dimakan dengan roti dan lempeng tepung untuk sarapan.

Bagi mendapatkan ikan bilis yang masih ranggup walaupun sudah dimasuk ke dalam sambal dengan sejukkan dahulu sambal dan ikan bilis sebelum campur sekali.

Sambal goreng cili ikan bilis ini boleh tahan lama jadi ibu-ibu bolehlah buat simpanan, bila lapar boleh terus hidangkan tak perlu nak masak banyak kali. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.