Resepi Kuih Puteri Ayu Cheese Yang Lembut Dan Gebu. Bila Makan Cair Dimulut Anda Wajib Cuba!

0 4,019

Resepi puteri ayu ini sangat popular sedikit satu ketika dahulu kemudian sekejap menyepi. Namun sekarang ramai yang tergoda dengan resepi baru iaitu puteri ayu cheese ini. Anda akan rasa teruja dengan melihat puteri ayunya yang comel dan gebu-gebu. Tu yang tak sabar nk cuba kan!

Puteri ayu ini boleh itu boleh dikatakan seakan sama dengan apam dot-dot. Cuma kejadianya lebih istimewa kerana ia datang dengan dengan pakej bersama cheese. Wouu! Mesti sedap kan! lain dari puteri ayu biasa yang datang bersama kelapa. Bagi peminat chesse mesti suka resepi ini.

Puteri ayu cheese ini enak dimakan semasa panas, yang baru lepas kukus, memamg sedap! Gebu dan lembu je. Seketul-ketul masuk dalam mulut, tapi bila dan sejuk ia tak sesedap masa yang hangat. Jadi bila nak makan sebaiknya dikukus semula.

Hidang ini jika dibuat banyak-banyak, sebahagian boleh di frozenkan untuk dijual atau untuk disimpan. Sebagai juadah boleh menjadi bidan terjun juga ada tetamu yang datang tak di duga. Dah ada puteri ayu frozen dalam peti ais, tinggal kukus semula je, senang kerja kan?

Untuk resepi ini, ia mengunakan santan dan susu, rasa yang lemak manis dan ditambah lagi rasa cream cheese memang sedap harum baun santan yang lemak-lemak itu. Cara penyediaan juga cukup mudah dan ringkas, bahan pun simple-simple je.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada salah seorang pengguna facebook iaitu cik puan Nitaharry kerana sudi berkongsi resepi yang mudah untuk menyediakan puteri ayu cheese ini yang ringkas ini.  Yang pastinya mudah untuk anda menyediakan dirumah sahaja.

 

 RESEPI KUIH PUTERI AYU CHEESE 

Warna yang digunakan dalam kuih puteri ayu ini terpulang pada citarasa anda, kebiasaan warna yang digunakan seperti biru, pink, kuring hijau ataupun merah. Warna juga memainkan peranan untuk menarik minat untuk makan. Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan dan bagaimana cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 250gm keju @ cream cheese
  • 5 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan tepung gandum (diayak)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan susu @ full cream

 

Bahan-bahan lapisan puteri ayu: 
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung gandum

CARA PENYEDIAAN KUIH PUTERI AYU CHEESE 

▶️ Untuk menyediakan krim keju, campur semua bahan di atas pukul hingga sebati kemudian masukkan ke dalam piping bag ketepikan.

▶️ Untuk adunan puteri ayu pukul telur bersama gula hingga sebati. Masukan ovalette dan esen vanilla pukul lagi sampai kembang putih.

▶️ Masukan susu cair, santan dan tepung. Pukul lagi sehingga gebu. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kegemaran dengan secukupnya.

▶️ Masukan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam acuan.

▶️ Ambil acuan dan paipkan lapisan keju dengan secukupnya. Kukus selama 5 minit.

▶️ Paipkan adunan puteri ayu. Kukus lagi selama 8 minit menggunakan api sederhana.

▶️ Angkat dan sedia utk dinikmati.

 

BACA JUGA : Resepi Sotong Phat Phet(Thai) Yang Sangat Sedap Dan Pedas. Membuatkan Anda Rasa Mahu Makan Lagi Pada Setiap Suapan!

 

Warna juga memainkan peranan, jika warnanya pelbagai menarik minat anak-anak makan.  Jadi tiada lah mereka nak berebut kan mesti ada pilihan sendiri. Menu juga sesuai juga untuk dihidang pada waktu pagi dan petang. Wah, nampak menarikkan resepi puteri ayu cheese ini.

Dah siap! Nampak sedapkan. Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih dan guna api yang sederhana untuk dapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu. Bila kuih yang gebu gemas ini terhasil dengan jaya nya bolehlah dihidangkan pada keluarga tersayang

Resepi yang mudah nak buat, jadi jika ada yang nak buat sebagai hidangan minum petang atau malam memang sesuai. Kuih puteri ayu ini antara kuih yang dapat sambutan dan permintaa jika ada majlis kecil-kecilan. Jika anda rasa resepi ini memberi maafat boleh mencuba menu ini. Serious tak menyesal.

Leave A Reply

Your email address will not be published.