Resepi Sotong Phat Phet(Thai) Yang Sangat Sedap Dan Pedas. Membuatkan Anda Rasa Mahu Makan Lagi Pada Setiap Suapan!
Menu yang dipanggil phat phet ataupun paprik merupakan menu yang hampir sama penyediaan. Kedua-dua menu ini berasal dari Thai. Kalau sebelum ini pernah makan lauk phat phet ayam, apa kata kita cuba resepi sotong phat phet pulak! Serious resepi sotong ini sangat sedap dan ditambah dengan aroma daun limau purut yang sangat wangi.
Kebiasaan sotong je mesti masak sambal, ataupun masak lemak cili padi. Tak pun buat sotong sebagai menu tambahan dalam masakan tomyam. Tidak sangka rupakan sotong boleh dimasak dengan dengan pelbagai menu dan resepi sotong phat phet ini memang laku dan marvelous.
Kalau anda pertama kali dengar ataupun nampak masakkan sotong phat phet ini boleh save dulu dan boleh buat bila ada kelapangan nanti. Nak buat menu ini pun senang je sebenarnya. Sama macam mana nak buat paprik ayam sahaja. Cuma kalau masak sotong masa memasak lebih singkat berbanding ayam.
Resepi ini juga sangat ringkas dengan bahan-bahan yang mudah didapati didapur anda sahaja, jom saya kongsikan cara nak hasilkan masak phat phet yang sedap ini. Kalau masak lauk sotong jangan masak terlalu lama tau. Nanti sotong akan jadi liat dan tidak sedap.
Resepi yang dikongikan oleh Nurul Ateekah ini agar senang dan sangat mudah, semua orang boleh mencuba masak dirumah nanti. Sekali hidang bersama telur dadar pasti bertambah-tambah lagi selera anak-anak makan. Confirm mereka suka menu ini.
RESEPI SOTONG MASAK PHAT PHET
Berbeza phat phet sotong dengan ayam, jika masak ayam, daging ayam dimasukkan dahulu, tetapi sotong dimasuk kemudian supaya tidak liat. Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan sotong phat phet alai yang padu ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500gram sotong (dicuci bersih)
- 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
- 5 batang cili padi merah (dipotong)
- 1 labu bawang merah (dipotong)
- 1 batang serai (dihiris)
- 4 helai daun limau purut
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 4 batang cili merah(dikisar)
- 4 batang cili hijau(dikisar)
- 1 labu bawang merah(dikisar)
- 3 ulas bawang putih(dikisar)
- Sedikit air
CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK PHAT PHET :
▶️ Pertama sekali, panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
▶️ Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
▶️ Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering, selepas itu, masukkan lada hitam, serbuk kunyit , belacan, serbuk perasa.
▶️ Kemudian masukkan sos ikan dan kacau rata.
▶️ Setelah itu, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang.
▶️ Siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Mee Goreng Yang Simple Dan Special. Anda Wajib Cuba!
Bukan selalu nak masak sotong phat phet ini. Bila sekali masa confirm akan repeat lagi. Masakan ini berasal dari thai dan agak manis, pedas dan aroma daun limau puru membangkitan selera makan anda. Menu ini juga sesuai dijadikan menu untuk hidangan tengah hari atau makan makan makan.
Nak lagi sedap hilangkan dengan telur dadar, makan dengan telur dadar confirm tak boleh berhenti makan, kalau makan dengan nasi putih pun dah cukup. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi sotong phat phet ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba sotong ala masakan thai ini. Selamat mencuba!