Resepi Kek Marble Tiga Rasa Yang Gebu, Kek Lejen Yang Mudah Dibuat Dan Sedap Dimakan Sebagai Santapan Minum Petang!
Kek marble salah satu kek lejen yang disukai setiap peringkat umur, kerana rasanya yang enak dan tidak muak bila dimakan. Kali ini kami akan kongsikan Resepi Kek Marble Tiga Rasa yang pastinya sedap!
Bukan ikan siakap sahaja ada tiga rasa, tapi kek marble juga ada tiga rasa ye. Kenapa tiga rasa? Oleh kerana resepi kek marble kali ini menggunakan tiga gabungan perisa iaitu coklat, pandan dan jagung didalam kek ini.
Kalau sebut kek marble pasti terbayang corak marble pada kek, tapi bila dipotong corok itu lagi cantik. Mungkin sebab itu dipanggil kek marble sebab coraknya persis marble yang beralun-alun mengikut acuan.
Kek marble ni rasanya lebih kurang kek mentega klasik, cuma ditambah perisa coklat yang dilorek menjadi corak marble sahaja. Nak buat kek marble ni mudah jugak dan tidak terlalu rumit nak siapkan satu kek ni.
Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak, sebab itu kek ini dikategorikan salah satu kek yang mudah untuk dibuat dan sedap untuk dimakan. Resepi kek marble ini telah dikongsi oleh Riesha Rieshaliena.
RESEPI KEK MARBLE TIGA RASA
Banyak faktor yang diambil kira untuk mendapatkan kek marble yang gebu, lembut dan sedap. Salah satunya ialah penggunaan butter, kalau gunakan butter yang mahal dapat dibezakan dari segi bau, dan rasa pun dah lain dari guna butter yang murah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 3 biji telur (buang pusatnya) *
- 3 sudu besar susu segar *
- 2 sudu besar susu pekat *
- 1 sudu besar susu tepung *
- 1 sudu kecil serbuk vanilla *
- 1 cawan tepung kek (ayak) *
- 1/2 sudu kecil baking powder(ayak sekali bersama tepung ) *
- 1/2 sudu besar penuh ovalate *
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 cawan gula halus atau ising *
- Serbuk coklat
- Perasa dan pewarna pandan
- Perasa dan pewarna jagung
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE TIGA RASA
▶️ Putarkan kesemua sekali bahan yang bertanda * selama 6 minit, menggunakan speed rendah shingga jadi gebu, putih dan likat.
▶️ Kemudian masukkan minyak, gaul sebati sehingga betul-betul rata. Gaul kaup balik sahaja, tak perlu terlalu laju dan lama sangat.
▶️ Pastikan tiada cairan minyak yang mendap pada bancuhan adunan untuk elak kek jadi bantat bila dibakar nnti.
▶️ Asingkan adunan kepada tiga bahagian, dan masukan sedikit perasa pada setiap satu. Kalau sampai sebati.
▶️ Panaskan oven mengikut kepanasan oven masing-masing.
▶️ Masukkan adunan kek sedikit demi sedikit berselang seli setiap perisa kedalam loyang kek. Dan lorekkan mengikut kreativiti sendiri dan bakar.
BACA JUGA : Resepi Peri-Peri Pastry Pie Yang Lazat, Pie Daging Yang Menggunakan Rempah Peri-Peri Dengan Rasa Yang Unik!
Kek marble ni betul-betul lejen, tak perlu krim atau topping diatasnya untuk rasa sedap. Cukup sahaja dengan kek kosong yang dijamin kalau makan begitu sahaja atau cicah dengan air teh o pun dah sedap. Mana ada kek yang sedap bila digandingkan dengan teh o.
Kalau yang pandai melorek, pasti corak kek akan lebih cantik. Penyediaan untuk membuat kek marble dikira mudah, sebab mixer je semua bahan sehingga kembang. Tapi kalau tak ada mixer boleh sahaja guna blender.
Kek marble tiga rasa ini memang sangat best untuk dibuat hidangan minum petang, digandingkan pula dengan teh O panas memang tersangkut betul rasanya. Bagi yang pertama kali ingin mencuba boleh cuba resepi ini!