Ayam Goreng Serai Thai@Fried Chicken Lemongrass Thai Yang Sedap. Pasti Membangkitan Selera Anda Hari Ini!

0 403

Siapa kat sini suka akan masakan Thailand? Apa kata hari ini kita cuba resepi Ayam goreng serai thai@fried chicken lemongrass thai. Hidangan ini menggunakan menu utama itu isi ayam dan serai sahaja. Resepi ini sesuai juga dimasak dengan sayur kangkung belacan ataupun sayur kalian.

Untuk menghasilkan resepi ini isi ayam akan dipotong dan diperap sekurang-kurangnya selama setengan jam tetapi makin lama perap makin sedap, kerana rempas ratus dapat menyerap ke dalam isi ayam. Bahan perapan tadi telah dicampurkan dengan serai yang ditumbuk hancur.

Serai yang ditumbuk hancur ini disatukan dengan bahan perapan yang lainya. Tapi lebih sedap jika tumbuk menggunakan lesung batu, serai tersebut akan lebih elok hancurnya dan sedikit kering berbanding dengan diblen. Kaedah tradisonal ini manjadikan masakan anda lebih sedap dan padu.

Bila ayam digoreng dengan rempah tersebut, bau aroma serai yang ditumbuk tadi telah naik bau. Dan baunya sangat wangi, terus rasa tak sabar nak makan kan. Lagi sedap bila isi ayam tersebut digoreng garing dan bersama rempah. Jika makan dengan nasi panas-panas confirm hilang terus diet anda.

Serdah ataupun bahan rempah yang telah digoreng jangan terus dibuang, serdak kalau makan dengan nasi lagi sedap. Nak menu yang sedap ini, apa kata anda ikuti perkongsian resepi ayam goreng serai thai yang dikongsikan oleh cik puan Nurul Ateekah rasa pasti tidak mengecewakan anda.

 

RESEPI AYAM GORENG SERAI THAI

Apapun hidangan ataupun masakan thai, semestinya menjadi kesukaan ramai, tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengak satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ayam goreng serai thai.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 2 batang serai (ditumbuk hancur)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 5 helai daun limau purut (dihiris)
  • 2 pokok akar ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG SERAI THAI 

▶️ Pertama, sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan termasuk bahan yang dikisar tadi kecuali daun limau purut.

▶️ Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.

▶️ Kemudian, panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelam kan ayam apabila digoreng nanti.

▶️ Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.

▶️ Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan kedalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Kacau rata ayam bersama daun limau purut

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Puteri Ayu Cheese Yang Lembut Dan Gebu. Bila Makan Cair Dimulut Anda Wajib Cuba!

 

Nah dah siap! Perkongsian resepi beliau di facebook ini menarik orang ramai untuk mencuba. Ruang komen ramai suka resepi ini disebabkan cara penyediaan ringkas dan nampak sedap. Bila digoreng garing dan rasa sedikit rangup lagi puas makan tau!

Kalau anda bosan dengan ayam goreng biasa, apa kata cuba resepi ayam goreng serai ini pula. Hidangan ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa tidak kira untuk menu tengah hari ataupun malam. Menu ini juga boleh dihidangkan untuk kenduri kecil-kecilan masak bersama kuah kari dan sambal belacan confirm tetamu suka ala-ala nasi kak wok gitu.

Resepi yang mudah kerana mengunakan isi ayam sahaja. Anak-anak pun confirm suka makan. Dan kepada pengemar masakan thai anda boleh cuba resepi ini dirumah. Boleh ikut step-step resepi yang dikongsi. Semoga resepi ayam goreng serai thai ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.