Cara Buat Sos Sotong Kangkung. Sedap Dan Pekat. Boleh Dibuat Sos Yong Tau Fu!
Biasa bila nak makan sotong kangkung mesti pergi kedai order. Sepinggan dah berapa ringgit, makan pun tak puas. Apa kata ibu-ibu cuba buat Sos Sotong Kangkung sendiri pasti lagi sedap.
Nak buat Sos Sotong Kangkung bukanlah susah, bahan yang digunakan pun tak banyak. Yang penting dapat olah sendiri sos mengikut citarasa kita.
Sotong kangkung biasa dimakan dengan sotong kembung yang direbus dan dimakan dengan sayur kangkung. Kebiasaannya, hidangan ini akan dibeli dan jarang dibuat sendiri.
Kalau pergi ke pulau pinang mudah untuk mendapatkan hidangan ini. Kebiasaannya dikedai-kedai yong tau fu pasti akan ada dijual sekali.
Hasil perkongsian resepi dari Hafizah Fiza, boleh ibu-ibu buat sendiri dirumah makan bersama dengan family lebih puas hati.
RESEPI SOS SOTONG KANGKUNG
Untuk pelbagaikan lagi menu boleh tambahkan fishcake atau fishball didalam hidangan sotong kangkung. Takde lah sotong dengan kangkung semata.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 3 sudu besar petis/otak udang
- 3sudu besar sos hoisin jenama life
- 2 sudu besar sos plum jenama life
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1-2 sudu besar gula putih
- 4 sudu besar air
- Bijan dan kacang yang telah disangai dan ditumbuk
CARA PENYEDIAAN SOS SOTONG KANGKUNG :
▶️ Mula-mula, masukkan dalam kuali semua bahan diatas kecuali bijan dan kacang.
▶️ Masak selama 5 minit sampai likat Dan pekat tutup api.
▶️ Tidak perlu masukkan garam sebab sos-sos tadi dah cukup rasa masin.
▶️ Masa nak hidang baru tabur bijan dan kacang atas kuah.
BACA JUGA : Cara Buat Kuah Kacang Super Sedap. Amat Mudah Untuk Disediakan Makan Pula Dengan Nasi Impit Lagi Berselera!
Mudah je nak buat Sos rojak sotong Kangkung ni. Siap boleh buat simpanan lagi, bila nak makan ambik je dalam peti ais.
Sos ini bukan sahaja boleh makan dengan sotong kangkung sahaja, boleh juga dijadikan sos yong tau fu. Boleh beli fishcake dan fishball celur dan boleh nikmati dengan sos sotong kangkung ni.
Resepi sos sotong kangkung ibu-ibu boleh olah tahap kepedasan dan kemanisan sos tersebut mengikut rasa yang diingini. Selamat mencuba!