Resepi Kek Lumut. Rasa Yang Sedap, Lembut Dan Tersangat Lembab Memang Menyelerakan!

0 16,477

Kek lumut jarang sangat nak jumpa, sebab jarang ada orang jual kek ni walaupun kek lumut ni sangat sedap. Resepi Kek Lumut Kukus sangat sedap dimakan walaupun nak menyediakan agak lama.

Resepi kek lumut ini tidak menggunakan sebarang serbuk penaik dalam adunan tetapi kek tetap naik elok. Cara masak agak lama sama dengan kek lapis serawak memakan masa 3 hingga 4 jam mengukus.

Semakin lama kek dimasak akan membuat kek naik elok, bila kukus lama sebab kek ni tidak menggunakan serbuk penaik. Jadi jangan tanya kenapa kek lumut ni kena kukus lama sangat dan hasilnya kek akan jadi sangat lembab.

Kek lumut ni memang sedap sekali, bila kek dikukus akan menghasilkan kek yang lembut dan sangat lembab. Walaupun nak buat kek lumut sangat remeh tapi rasanya sangat sedap.

Resepi kek lumut telah dikongsi oleh Mia Zareef Afiq, walaupun cara pembuatan mengambil masa yang sangat lama tapi rasanya sangat sedap dan sangat lembab selepas dimasak.

 

RESEPI KEK LUMUT

Tips nak bagi kek lumut ni lagi sedap, semakin lama disimpan semakin sedap rasa kek lumut tu. Rasanya yang lembab dan sangat lembut sangat sedap bila dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 6 biji telur gred C
  • 3/4 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan holick
  • 1 ketul butter(anchor)
  • 2sudu emelco pandan
  • 2 sudu pewarna pandan
  • 1 sudu esen vanila
  • 4 sudu seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk badam
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK LUMUT

▶️ Mula-mula, pukul butter dengan gula sampai kembang dan puteh.

▶️ Selepas itu, masukkan satu persatu telur dan putar dengan pelahan dan masukkan susu pekat, serikaya, esen vanila, emelco pandan dan pewarna pandan pukul rata dan sebati.

▶️ Kemudian, masukkan pula tepung gandum, holick, serbuk badam. Kacau dan kauk balik.

▶️ Akhir sekali, boleh dimasukkan kedalam bekas dan boleh dikukus

▶️ Balut bekas dengan plastik atau aluminium.

▶️ kukus dengan api sederhana pelahan selama 3@ 4 jam.

 

BACA JUGA : Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis. Dimakan Dengan Thai Cili Sos Yang Enak Sehingga Menjilat Jari!

 

Nak siapkan sebiji kek lumut memang renyah, tapi hasilnya sangat sedap sekali. Tekstur kek lumut yang lembut dan sangat lembab sebab kukus dengan masa yang lama. Ni kalua makan sepotong belum tentu cukup ni.

Kek lumut agak padat, tapi rasanya lembut dan lembab. Kek lumut ada dua versi cara masaknya iaitu dengan mengukus dan membakar, biasanya versi mengukus dari Sarawak manakala versi bakar dari semenanjung.

Resepi kek lumut sangat mudah untuk dibuat walaupun tidak menggunakan serbuk penaik tapi kek tetap naik elokdisebabkan masa mengukus yang agak lama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.