Resepi Nasi Ayam Simple. Hidangan Special Untuk Keluarga. Cara Nak Buat Mudah Je!
Nasi Ayam memang sangat sedap tak hairanlah ramai yang menyukai makan nasi ayam. Cara Mudah Masak Nasi Ayam tak perlu banyak step boleh follow resepi ini .
Kebiasaan nasi ayam, ayam akan diperap terlebih dahulu dan digoreng. Resepi kali ini sangat simple ayam hanya dimasak sekali dengan nasi dan tidak renyah.
Resepi nasi ayam kali ini lebih kurang versi yang sihat tapi senang dan sedap. Tak perlu renyah-renyah untuk untuk buat sup, sambal dan kicap untuk makan sekali dengan nasi ayam. Bahan-bahan pun agak sedikit perlu disediakan.
Resepi kali ini lebih kurang dengan nasi ayam hainan cuma tidak dimakan dengan sup. Tapi jika ibu-ibu lebih suka makan dengan sup boleh sediakan sup dengan air rebusan ayam.
Resepi nasi ayam Simple hasil dari perkongsian Dani J Tang, cara masak nasi ayam yang sangat simple dan sedap, sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kerana tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu hidangan.
RESEPI NASI AYAM
Resepi ini sangat sesuai untuk orang yang sedang diet, kerana tidak menggunakan banyak minyak dalam pembuatan nasi ayam.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ayam
- Garam
- Beras
- Bawang putih
- Halia
- Magerin
- Minyak bijan
- Sos cili / cili Thai sos
- Kicap
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI AYAM
▶️ Ayam di rebus separuh masak dengan air secukupnya dan sedikit garam. Sambil tu cuci beras bersih dan toskan.
▶️ Tumbuk bawang putih dan halia
▶️ Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan kacau sampai hampir golden brown. Tutup api.
▶️ Tuang dalam bekas tahan panas Dan bersih serta kering. Ketepikan.
▶️ Dalam kuali sama, masukkan sedikit majerin dan minyak bijan secukup rasa, masukkan beras, ambil separuh garlic dan halia yang goreng tadi. Jgn ceduk minyak ye. Garlic dan halia sahaja. Kacau sebati dalam 3 minit. Tutup api.
▶️ Tuang dalam periuk nasi, masukkan air dan tanak nasi sampai hampir kering air.
▶️ Masukkan ayam td kemudian tutup periuk sambung sampai nasi masak sempurna.
▶️ Untuk cili boleh guna sos cili atau sweet thai Sos ceduk sedikit garlic ginger tadi Dan gaul dalam sos. Selebihnya boleh simpan untuk goreng sayur atau tambah dalam sup.
▶️ Hidangkan nasi dan sos bawang halia tadi, renjis kicap diatas ayam bila nak makan.
BACA JUGA : Cara Buat Sos Sotong Kangkung. Sangat Mudah Dan Boleh Dibuat Sos Yong Tau Fu!
Sekejap sangat masak nasi ayam kali ni, mudah dan sedap pulak tu. Untuk orang yang berdiet boleh cuba guna resepi nasi ayam ni.
Kalau suka perasa tambahan boleh letak kiub pati ayam dan akar ketumbar ketika rebus ayam, dan air rebusan ayam boleh dijadikan sup terus.
Mudahkan resepi nasi ayam kali ni, dah tak perlu penat-penat nak sedia bahan tumis, nak kisar lagi. Buat macam ni pun dah sedap. Selamat mencuba!