Resepi Brownies Kukus Mudah Dan Lembab. Letak Topping Coklat Terlajak Sedap!

0 5,800

Brownies salah satu kek yang mudah dibuat dan tidak perlu risau pasal keadaan kek yang  tidak perlu nak risau pasal tekstur kek. Resepi Brownies Lembab ini sangat mudah untuk dibuat.

Brownies kaya dengan rasa coklat kerana didalam adunan akan dimasukkan coklat cair. Ditambah pula coklat cair diatas brownies.

Brownies kukus lebih lembut dan lembab berbanding brownies yang dibakar. Perbezaan brownies bakar ialah bahagian atas akan berkedut dan brownies lembab yang masak secara kukus akan lebih kepada kek.

Cara buat brownies lebih mudah berbanding buat kek coklat, dan rasa brownies lebih sedap kerana lebih rasa coklat berbanding kek coklat.

Resepi brownies kukus hasil dari perkongsian Iedaa Jahaya, sangat mudah dan sedap. Ditambah pula topping coklat diatas brownies lagi memikat si pengemar coklat.

 

RESEPI BROENIES KUKUS

Jika ibu-ibu tidak suka brownies yang terlalu manis, boleh sahaja skip pada bahagian topping coklat diatas brownies.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 110g coklat beryls ( double boiler )
  • 180ml minyk jagung
  • 4 biji telur bersama *
  • Sedikit esen vanilla *
  • 150g gula castor *
  • 1 sudu teh ovelet *
  • 140g tepung gandum ( ayak )
  • 60g serbuk coklat van houten ( ayak )
  • 1sudu teh baking powder ( ayak )

CARA-CARA PENYEDIAAN BROWNIES KUKUS

▶️ Mula-mula double boiler coklat beryls dan masukan minyak jagung. Kacau sampai sebati.

▶️ Dalam bekas lain, masukkan semua bahan yang bertanda * mix sampai kembang.

▶️ Selepas itu ayak tepung , serbuk coklat dan baking powder.

▶️ Masukkan bahan ayak kedalam bekas mix tadi sedikit demi sedikit. Kaup balik adunan sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan coklat masakan tadi dan kacau sehingga sebati.

▶️ Panaskan pengukus dan oleskan Loyang dengan minyak untuk lapik baking paper.

▶️ Kukus selama 40 minit sehingga masak.

Bahan topping coklat :
  • 1cawan whipping cream ( double boil dahulu )
  • 1 cawan coklat masakan
  • 1 sudu the minyak jagung

 

CARA-CARA PENYEDIAAN TOPPING COKLAT

▶️ Mula-mula double boil whipping cream, kemudian masukkan coklat masakan.

▶️ Kacau sehingga larut dan tutup api.

▶️ Kemudian masukkan minyak jagung. Kacau sekejap dan curah keatas kek

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Ayam. Cara Mudah Masak Nasi Ayam Yang Sedap!

 

Meleleh tak tengok brownies kukus ni? Nampak sedapkan. Tengoklah brownies ni nampak sangat lembut dan lembab je. Ni kalau makan pasti tak cukup sepotong. Ditambah pula dengan topping coklat yang meleleh diatas brownies ni lagi bertambah sedap!

Ibu-ibu yang nak brownies ni lagi sedap boleh buat topping Cadbury dan curah keatas brownies, lagi rasa sedap ditambah pula biskut oreo diatasnya. Sedapnya bila dapat olah sendiri kek yang kita buat ikut selera sendiri.

Resepi brownies kukus sangat mudah untuk ibu-ibu buat, pasti anak-anak akan suka dengan brownies ni sebab lembut dan lembab. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.