Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Simple. Walaupun Simple Bersahaja, Rasanya Sangat Marvelous!

0 705

Kalau di majlis kenduri, ayam masak merah adalah menu wajib yang dihidangkan. Rasanya pasti sedap kan? Jom kita try buat nak? Boleh je follow resepi ayam masak merah kenduri yang dikongsikan ini. Ayam masak merah juga merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dan pasti ramai yang menyukainya.

Ayam masak kalau digandingkan dengan nasi briyani, nasi minyak dan nasi tomato sangat sedap. Tapi kalau makan dengan nasi putih biasa pun ok, boleh bertambah-tambah juga dibuatnya. Cara masak ayam merah juga banyak versi namun ianya mempunyai rasa yang tersendiri.

Resepi ayam masak merah ini boleh dimasak dengan menggoreng ayam terlebih dahulu ataupun tidak. Tekstur ayam juga akan berbeza. Ayam yang goreng akan garing sedikit bila dimakan. Malah yang tidak goreng ianya lebih lembut dan sosnya lebih mudah sebati dengan ayam.

Namun rasa kedua-dua cara tersebut juga sangat marvelous dan padu. Anda boleh pilih mengikut cara kesukaan anda. Menu ayam masak merah ini bukan sahaja boleh dihidang pada majlis kenduri. Tetapi ia boleh dinikmat pada bila-bila masa sahaja. Tidak kiralah untuk makan tengah hari atau pun makan malam.

Untuk lebih lanjut, jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noratiqah Nordin tentang bagaimana cara buat ayam masak merah versi kenduri ini. Menu yang sangat ringkas tapi sedap. Anak-anak pun pasti suka makan masakan ini.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI 

Dikatakan ayam masak merah dengan ayam masak sambal adalah dua menu yang berbeza. Namun kedua-dua resepi ini mempunyai rahsia keunikkan yang tersendiri. Kalau nak tahu rasa masak ayam masak merah, apa kata tengok bahan dan cara penyedian di bawah ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 4 serangkai (cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pala)
  • cili kering (ikut kepedasan)
  • 3 bawang merah
  • Bawang holland (hiris)
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • Seinci lengkuas
  • Tomato dadu kecil
  • 1 senduk sos cili
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH KENDURI :

▶️ Masak ayam separuh masak. Jangan terlalu garing nanti keras.

▶️ Blend bawang merah, bawang putih, halia, cili kering. Kisar sehingga halus kesemua bahan tersebut.

▶️ Minyak dah panas, masukkn 4 serangkai. Tumis sampai  naik bau.

▶️ Masukkan cili kering dan bahan bawang yang kita blend tadi. Kemudian masuk tomato yang dipotong dadu.

▶️ Masukkan lengkuas. Kemudian masukkan ayam yang dah di goreng tadi.

▶️ Selepas itu, masukkan bawang holland dan sos. Perasakan dengan gula garam dan gaul rata.

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Tanpa Kukus. Resepi Viral Anda Wajib Try!

 

Kalau nak ayam masak merah ini sedikit berkuah boleh banyak penggunan cili kering. Ayam masak merah ini lagi sedap dimakan dengan acar nenas dan acar timum baru lah ada feel makan ditempat kendurikan. Kombinasi ini akan membangkittkan lagi selera makan anda.

Teksturya masakan ini yang masam manis dan sedikt pedas memang kesuai dihidang untuk menu tengah hari ataupun makan malam. Menu yang simple ini pastinya menjadi satu hidangan pembuka selera buat anda sekeluarga.

Memandangkan sop masih diperketatkan memang susah pergi masih kenduri. Tapi jangan risau boleh mencubanya secara homemade. Semoga resepi ayam masak merah ala-ala kenduri  ini bermanfaat buat anda semua. selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.