Resepi Kentang Ikan Bilis Cili Berempah Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah Syok!
Lama-lama boleh mati kutu juga fikirkan nak masak apa tau. Tapi sebenarnya, lauk yang simple itu lagi sedap tambah pula makan dengan nasi putih yang panas-panas. Resepi kentang ikan bilis cili berempah ini wajib anda cuba tau. Resepi ikan bilis yang sangat simple dan semestinya sangat sedap.
Resepi ni kalau buat kering-kering boleh juga simpan sebab ia tahan lama. Menu yang simple ni boleh dihidang pada bila-bila samada untuk makan tengahari ataupun malam, main campak-campak je siap. Masakan yang berempah ini memang menjadikan kesukaan ramai.
Menu ini menggunakan bahan utama seperti ikan bilis, kentang dan rempah cili tidak renyahkan bahan yang digunakan. Kalau makan nasi dengan kentang ikan bilis ni pun dah cukup, tak perlu tambah menu lain dah, pasti anda dah puas hati menikmatinya.
Cara penyediaan resepi ni juga sangat mudah. Kalau nak lagi syok makan, ikan bilis digoreng garing bila makan terasa ranggup kruk-krak kruk-krak, bau aroma daun kari yang ditumis dengan bawang lagi membangkitkan selera makan. Rasa yang cikit pedas dari serbuk kari menyebabkan resepi lagi padu rasanya.
Pasti ramai penggemar ikan bilis yang nak bertukar selera untuk mencuba hidangan ringkas ini. Apa kata follow resepi yang dikongsikan oleh cik puan Nurul Ateekah melalui laman facebooknya. Kadang-kadang bosan juga asyik makan masakan berlemak, jadi boleh lah cuba resepi yang simple ini.
RESEPI KENTANG IKAN BILIS CILI BEREMPAH
Resepi kentang ikan bilis cili berempah selain boleh dimakan dengan nasi putih, ianya sedap juga dimakan dengan roti. Tanpa membuang masa lagi, apa kata lihat bahan-bahan yang yang diperlukan dan bagaimana penyediaan resepi kentang ikan bilis cili berempah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan ikan bilis(dibasuh dan digoreng)
- 5 biji ubi kentang (hiris nipis)
- Cili merah
- Cili hijau
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu besar serbuk kari
- 5 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar kicap manis
- Serbuk perasa
- Gula
CARA PENYEDIAAN KENTANG IKAN BILIS CILI BEREMPAH:
▶️ Panaskan minyak, masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan dan sedikit garing (Angkat dan ketepikan)
▶️ Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup. (Angkat dan ketepikan)
▶️ Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, daun kari dan bawang besar sehingga naik bau.
▶️ Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
▶️ Kemudian masukkan serbuk kari. Gaulkan sehingga sekata.
▶️ Masukkan kicap, serbuk perasa dan gaulkan sebati.
▶️ Masukkan cili hijau, cili merah, ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi, gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.
▶️ Siap untuk dihidang
BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas Yang Simple Dan Sedap. Pasti Membangkitkan Selera Anda!
Tada! Dan siap. Nampak sangat menyelerakan. Menu ini senang nak buat, makan pun sedap. Rasa masin, manis pedas ditambah lagi keranggupan bilis pasti terangkat dibuatnya. Jika nak tambah kacang dalam resepi ini pun boleh jugak lagi sedap.
Kentang yang digoreng dicampur dengan sambal ikan bilis menjadikan kentang lembut dan sedap. Kaedah penyediaan kentang terpulang selera anda. Samada nak hiris ataupun nak potong dadu. Namun kentang yang dihiris lebih cepat masak berbanding dengan kentang yang dipotong dadu.
Resepi ini boleh dihidangkan pada bila-bila masa dan sesuai juga dihidangkan dengan nasi ambeng, soto ataupun lontong, wah pasti menyelerakan. Semoga dengan perkongsian ini resepi kentang ikan bilis cili berempah dapat memberikan anda manfaat. Selamat memcuba!