Cara Buat Kuah Kacang Super Sedap. Amat Mudah Untuk Disediakan Makan Pula Dengan Nasi Impit Lagi Berselera!

0 6,790

Kuah kacang tidak semestinya dimakan dengan sate sahaja, tapi boleh juga dimakan dengan nasi impit, cucur udang dan roti. Cara Buat Kuah Kacang amat mudah dan rasanya juga sangat sedap.

Kuah kacang yang sedap haruslah secukup rasa pedas, lemak, masin dan manis. Kuah kacang tidak sedap kalau terlalu cair, perlu pekat sedikit baru sedap dimakan.

Kalau dihari raya, biasanya kuah kacang akan dimakan dengan nasi impit dan sate, tapi berbeza pula di utara, kuah kacang bukan sahaja dimakan pada hari raya tapi pada hari biasa. Di utara kuah kacang akan dimakan dengan cucur udang.

Ibu-ibu harus cuba resepi ini, resepi kuah kacang dari dikongsi oleh Nurul Ateekah. Kuah kacang yang sangat sedap dan pekat.

Bahan utama dalam kuah kacang ialah kacang tanah yang digoreng didalam minyak atau di sangai sehingga masak. Kemudian akan dikisar mengikut kehalusan yang diingini.

 

RESEPI BUAT KUAH KACANG

Kuah kacang bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah di Singapore dan Indonesia juga. Banyak kegunaan kuah kacang ni, lain tempat lain makanan yang dimakan dengan kuah kacang ni.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 500gram kacang tanah (disangai atas api)
  • 1 senduk Minyak masak
  • 1 liter air putih
  • 3 sudu Air asam jawa
  • 250 g Gula putih
  • 100g Gula merah/melaka
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1½ senduk Cili kisar
  • 2 batang Serai
  • 3-5 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 cm Lengkuas
  • 1½ sudu besar Udang kering

CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH KACANG :

▶️ Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak(mengunakan api yang perlahan)goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.

▶️ Kisar bawang merah,bawang putih,lengkuas,udang kering dan bawang putih sehingga halus)

▶️ Panaskan minyak masak,tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak(mengunakan api yang sederhana)

▶️ Kemudian, masukkan air asam jawa,dan masak seketika.

▶️ Masukkan gula melaka/gula merah,gaul sebati.

▶️ Akhir sekali, masukkan kacang,air putih,gula,dan garam. Gaul sebati

▶️ Masak mengunakan api yang sederhana,dan masak sehingga kuah nya pekat. dan rasa secukup rasa yang dimahukan.

 

BACA JUGA : Resepi Agar-Agar Neopolitan. Hidangan Pencuci Mulut Yang Simple Dan Sedap Dimakan Ketika Sejuk!

 

Senangkan nak buat kuah kacang, lepasni boleh lah masak pada hari raya makan dengan nasi impit. Kalau buat sendiri pasti puas hati dengan rasanya dan tekstur kuah yang kita ingini.

Kuah kacang boleh sahaja kalau nak buat pedas sedikit, sebab ada yang suka makan pedas dan lebih memilih kuah kacang yang agak pedas sedikit mengikut selera masing-masing.

Resepi kuah kacang ini sangat sedap, kuah kacang boleh disimpan terlalu lama jika cara masakan yang betul dan sempurna. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.