Resepi Yong Tau Fu Sup Ala Singapore. Lebih Sedap Dan Jimat Jika Dapat Buat Sendiri!
Mungkin tak ramai yang pernah makan yong tau fu yang menggunakan sup ikan bilis. Biasanya yong tau fu akan menggunakan sup yang berperisa ayam. Kali ini kami akan kongsikan Cara Masak Yong Tau Fu Sup Ala Singapore yang rasanya sedap dan unik.
Yong tau fu adalah hidangan yang femes dikalangan orang cina tak kira dimakan dengan sup atau sos. Yong tau fu dimakan dengan sup yang jernih dengan pelbagai sayur, daging, makanan laut dan bahan seperti fishball atau fishcake.
Kesedapan hidangan ini bergantung pada supnya, jadi sup memainkan peranan penting dalam hidangan ini. Sup yong tau fu yang sedap hanya menggunakan ikan bilis yang direneh sehingga sejam untuk mendapatkan hasil sup yang sedap.
Hidangan ini tidak pedas, dan sesuai untuk hidangkan kepada kanak-kanak yang tidak suka pedas. Kalau nak beli pasti agak mahal dan kuantiti pun sedikit untuk dimakan dengan keluarga, nak jimat boleh cuba sendiri resepi ini dirumah.
Resepi ini dari kongsian oleh saudari Janna Asri, resepi yong tau fu yang menggunakan sup ikan bilis agak unik dari apa yang pernah dimakan sebelum ini. Resepi sos juga disediakan untuk yang suka makan pedas kerana sup ini tidak pedas.
RESEPI YONG TAU FU ALA SINGAPORE
Biasanya kita kuah yong tau fu yang bewarna hitam, tapi kali ni resepi young tau fu bersup yang digemari oleh masyarakat cina. Bahan-bahan yang digunakan juga simple seperti sayur, bebola, seafood, daging semua boleh dibeli dipasaraya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Sup yong tau fu :
- 3 liter air
- 2 cawan ikan bilis yang telah dibasuh dan ditoskan
- 1 sudu besar lada sulah
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 inci halia (diketuk)
- 2 ketul kiub ayam
- 1 sudu besar gula
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA PENYEDIAAN SUP YONG TAU FU
▶️ Mula-mula layu bawang dan ikan bilis. Didihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan bahan tadi.
▶️ Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Selepas 1 jam tapis airnya sedia sup yong tau fu yang lazat ala Singapura.
▶️ Hidangkan dengan bebola ikan, fucuk goreng, dan lain lain bahan yang anda sukai.
▶️ Kalau nak lagi senang dan mudah guna je kiub ikan bilis.
Bahan-bahan untuk cili yong tau fu :
- 3 ulas bawang putih dikopek kulit
- 2 cili merah (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
- 1/2 cawan gula pasir
- 3/4 cawan air
- 1/4 cawan cuka
- 1/2 sudu besar garam
- 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air
CARA-CARA PENYEDIAAN CILI YONG TAU FU
▶️ Kisar semua bahan bahan diatas kecuali tepung jagung.
▶️ Kemudian, masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana
▶️ Bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat/ pekat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
▶️ Biarkan sos sejuk dan masuk dlm botol kedap udara.
▶️ Simpan dlm peti sejuk.
BACA JUGA : Resepi Agar-Agar Cendol Gula Melaka. Pencuci Mulut Yang Enak Seperti Makan Ais Cendol!
Senang sahaja nak buat hidangan ini, pasti anak-anak suka. Yelah, bila tengok banyak bebola dalam mangkuk melompat-lompatlah mereka. Sekali sekala makan yong tau fu yang berasaskan sup sedap juga, asyik makan yang kuah hitam sahaja.
Kalau nak mudah buat sup, boleh sahaja guna kiub ikan bilis untuk gantikan ikan bilis. Rasanya pasti akan sedap juga. Hidangan ini biasanya akan makan dengan banyak bahan, tapi kita boleh olah sendiri bahan yang apa yang ada dan mengikut selera kita.
Jangan lupa denga cili yong tau fu yang sedap itu, penaik selera yang mana sukakan makan yang pedas sebab sup ikan bilis tu tidak pedas sama sekali. Resepi yong tau fu ala singapore ni sangat mudah untuk ibu-ibu yang ingin cuba membuatnya, selamat mencuba!