Resepi Gulai Ayam Pegaga Negori Sembilan, Super Marvelous Dan Pedas Sekali!
Masak lemak merupakan masakan yang menggunakan santan kelapa dalam masakan, merupakan masakan orang Negeri Sembilan. Mungkin pernah makan masak lemak ayam, belum pernah makan yang tambah pegaga didalamnya, Resepi Gulai Ayam Pegaga.
Masak lemak negeri sembilan pasti semua dah tahu yang antara ramuannya ialah cili padi, kunyit hidup dan garam yang ditumbuk sekali. Masak lemak negori memang ringkas sebab tidak menggunakan bawang didalamnya.
Walaupun hidangan ini masak lemak tapi nama bagi resepi kali ini dipanggil gulai. Mungkin ada yang belum pernah jumpa masak lemak dicampur dengan ulam, biasanya kalau masak lemak ayam hanya ayam yang kita jumpa.
Pegaga sejenis ulam-ulaman yang sering dimakan mentah dengan sambal belacan. Pegaga merupakan ulam yang bernutrisi dan berkhasiat, sebab itu orang tua-tua suka makan ulam-ulaman disebabkan banyak khasiat di dalamnya.
Walaupun rasa pegaga agak sedikit pahit, tapi ramai yang mengemarinya. Ianya boleh dimakan mentah atau dimasak, sering dijadikan sebagai sayur tambahan dalam hidangan makanana. Resepi gulai ayam pegaga ini telah dikongsi oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim.
RESEPI GULAI AYAM PEGAGA
Selain dimasukkan pucuk pegaga, ianya juga boleh dimasukkan sayur maman, betik muda, pucuk ubi, atau daun puding hitam. Hidangan ini sudah dua dalam satu, dah tak perlu dimasak sayur lain sebagai hidangannya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1/2 ekor ayam
- 2 ikat daun pegaga
- Cili api atau cili padi *(ikut tahap kepedasan)
- 1 atau 2 inci kunyit hidup
- Serbuk kunyit *(saya saja tambah)
- Lada hitam
- Biji ketumbar
- Jintan manis
- Santan kelapa 1 biji
- 3 asam keping
- 3 batang serai diketuk
- Garam *secukupnya
- Pegaga
CARA-CARA PENYEDIAAN GULAI AYAM PEGAGA
▶️ Mula-mula masukkan semua bahan dalam kuali atau periuk, gaul rata dan masak sehingga mendidih.
▶️ Masukkan daun pegaga dan masak lagi sehingga ke kepekatan kuah yang diinigini.
BACA JUGA : Resepi Kuey Tiow Goreng Daging Yang Simple, Tapi Rasanya Sangat Sedap Sekali!
Masak lemak kalau lagi pedas lagi sedap, kalau dapat makan dengan nasi panas-panas lagi bertambah-tambah. Kali ini masak lemak sudah dicampur dengan ulam, jadi dah tak perlu dimasak hidangan bersayur dah.
Jika ingin buat rendang boleh terus masak dengan pekatkan kuah, oleh kerana bahan dan cara masaknya sama sahaja. Mudah sangat cara masak orang negori ni, walaupun tidak menggunakan bawang tapi rasanya sangat sedap.
Resepi gulai ayam pegaga boleh di tukar kepada sayur yang lain mengikut citarasa sendiri lebih suka masukkan sayur apa daripada pegaga. Ibu-ibu yang belum pernah membuat hidangan ini bolehlah mencubanya!