Selalunya kita akan beli je nuget yang sejuk beku di pasaraya. Bila nak makan keluarkan dari freezer terus goreng je. Kali ni kami kongsikan Resepi Nuget Nasi Homemade yang mudah dan sihat untuk anak-anak.
Bila makanan yang dibuat sendiri ni kebersihan dan status halalnya sudah terjamin. Yelah, untuk beri makan keluarga sendiri pasti nak yang terbaik dan makanan itu kenalah yang sihat.
Kanak-kanak sekarang memang suka makan makanan yang fast food, sebab rasanya lebih sedap. Tapi makanan seperti itu tidak berapa elok untuk anak-anak kerana kandungan lemak yang tinggi dan tidak seimbang.
Salah satu cara untuk menarik minat anak-anak makan makanan yang sihat, ibu-ibu kena terlebih kreatif dalam menyediakan makanan anak-anak. Yelah, kanak-kanak sekarang ini agak susah untuk makan nasi, mereka lebih suka makan lauk dari nasi.
Resepi nuget nasi homemade yang sihat ini telah dikongsi oleh SCha EllCha Lee. Resepi ini memang sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai anak yang kurang makan nasi.
RESEPI NUGET NASI HOMEMADE
Dalam hidangan ini, sudah cukup lengkap nutrisi dalam satu ketul nuget dan yang penting sihat dan sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 3 senduk nasi panas lembik
- 300g dada ayam kisar
- 3 biji telur
- 2 biji ubi kentang ( potong dadu )
- 2 batang carot ( potong dadu )
- 1 biji bawang Holland
- Bread crumbs secukupnya
- Daun bawang dan daun sup ( hiris halus )
- 1 sudu teh pure olive oil
- Garam bukit secukup rasa
- 1 sudu teh lada hitam
CARA-CARA PENYEDIAAN NUGET NASI HOMEMADE
▶️ Cuci bersih kentang dan carot. Kukus atau seteam hingga lembut.
▶️ Selepas dah siap kukus, lenyek-lenyekan kentang dan carot.
▶️ Titiskan pure olive oil pada nasi panas lembik.
▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan dalam satu bekas, kecuali bread crumbs.
▶️ Gaul dan sebatikan semua bahan tadi.
▶️ Bentukkan ikut kreativiti, nak bentuk bulat, leper, atau memanjang. Buat sampai habis.
▶️ Akhir sekali golek-golekan didalam telur, dan disudahi dengan bread crumbs.
▶️ Masukkan kedalam bekas kedap udara, masuk freezer dan bekukan dulu 1 hingga 2 jam sebelum digoreng.
BACA JUGA : Resepi Kek Prune. Super Moist Dengan Rasa Masam Manis Prune Yang Sangat Sedap!
Nak buat makanan yang sihat tidaklah susah sangat, cuma perlu rajin sahaja. Puas hati bila dapat hidangkan anak-anak dengan makanan yang sihat dan sedap ni.
Dalam seketul nugget nasi homemade ni mempunyai karbo, lemak, protein, dan vitamin. Kira nutrisi yang lengkap untuk anak-anak yang susah nak makan sayur dan nasi.
Resepi nuget nasi homemade juga boleh buat simpanan untuk difrozenkan, bila nak guna boleh terus keluarkan dari freezer dan goreng sahaja. Mudahkan? Selamat mencuba!