Resepi Kuih Lapis Pelangi. Cantik Dipandang Sedap Dimakan Dengan Penuh Rasa Lemak Manisnya!

0 1,856

Kuih lapis ialah kuih yang dikukus berlapis-lapis sehingga boleh dimakan dengan menarik setiap lapisan kuih tersebut. Resepi Kuih Lapis Pelangi sangat mudah dibuat dan enak dimakan.

Biasanya kita akan jumpa kuih lapis yang berwarna pink dan putih, tapi resepi kali ni kuih lapis yang berwarna-warni seperti pelangi betul-betul cantik apabila dipotong.

Nak buat kuih lapis ni tak renyah sangat, cuma bila part nak melapis tu kena ada teknik sedikit takut nanti setiap lapisan tidak melekat elok antara satu sama lain boleh menyebabkan kuih tak cantik nanti.

Ramai yang jatuh hati dengan kuih lapis pelangi ni, disebabkan first expression tengok lapisan yang cantik dengan warna. Resepi kuih lapis pelangi hasil kongsian daripada Azura Felula.

Bahan-bahan yang digunakan agak berbeza dengan resepi kuih lapis yang lain, kerana menggunakan tepung ubi dan cuma warna yang berbeza. Yang pasti resepi kuih lapis ni super sedap.

 

RESEPI KUIH LAPIS PELANGI

Kuih lapis pelangi menggunakan tepung ubi kayu, jadi tekstur kuih agak kenyal tapi lembut untuk dimakan. Ibu-ibu boleh cuba resepi ini pula.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 200- Santan
  • 300ml Air – rebus bersama daun pandan & sejukkan
  • 200g – Gula
  • 200g – Tepung Ubikayu
  • 20g – Tepung Beras
  • Garam – secubit
  • Pewarna makanan
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS PELANGI

▶️ Mula-mula sekali, adun semua bahan diatas kecuali pewarna

▶️ Bahagikan adunan tepung kepada 7 bahagian, masukkan pewarna satu persatu.

▶️ Kemudian, sapu kan minyak pada bekas yang hendak di kukus, kukus setiap lapisan selama 3 minit, ulang hingga habis

▶️ Setelah siap kukus setiap lapisan, tambah 20minit dan kukus keseluruhan.

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Red Velvet Coklat Chip. Rasa Sesedap Nama, Makan Sekeping Belum Tentu Cukup!

 

Dah siap kuih lapis pelangi, nampak cantikan bila dipotong? Rasa sayang pula bila nak makan. Dengan rasa lemak manisnya dan kuih kenyal-kenyal lembut memang menyelerakan.
Kalau boleh guna loyang saiz 6″ ye, sesuai dengan bahan yang digunakan. Apabila nak potong lebih elok potong dengan benang supaya adunan tak melekat pada pisau dan sapu sedikit minyak setelah dipotong supaya dapat tarik setiap lapisan.

Resepi kuih lapis pelangi dah bagi, apa lagi jom kita cuba resepi yang menggunakan tepung ubi pulak. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.