Resepi Daging Rebus Air Asam Sedap Dan Padu. Rasa Masam, Manis Pedas Memang Membangkitkan Selera!

0 10,801

Nak buat resepi daging rebus air asam ni sebenarnya sangat mudah dan simple. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas tapi rasa memang cukup power. Daging yang lembut dan rasa kuah masam, manis pedas memang membangkitkan selera. Kalau makan dengan nasi putih ni confirm bertambah-tambah dibuatnya!

Resepi ni juga berkhasiat sesuai untuk orang ingin menurukan berat badan sebab resepi ni tidak menggunakan minyak untuk menumis. Malah hidangan daging rebus air asam ni kalau dimakan selalu pun tidak muak. Cukup pula rasa pedas masamnya, memang syok untuk dinikmati.

Untuk rasa yang lebih sedap boleh letak gula perang. Tapi kalau nak gula biasa pun tak menjadi masalah. Aroma belacan dan limau kasturi memang lagi menyedapkan hidangan ni. Hidangan yang simple dan sedap ni memang sesuai untuk hidangan makan tengahari dan makan malam. Sekali dah buat pasti repeat lagi.

Selain bahan yang digunakan tidak renyah. Cara penyediaannya juga cukup mudah. Hanya perlu merebus daging sehingga lembut kemudian dihiris nipis-nipis dan dimasukkan kedalam air asam. Manakala penyediaan air asam juga mudah hanya perlu potong cili, bawang dan tomato dan digaul dengan air asam jawa atau air limau kasturi.

Wah simple kan! Kalau makan dengan nasi putih ni, cukup dengan hidangan ni je. Tak perlu menu lain dah. Jom lihat perkongsian resepi dari Cik Puan Bahiah Saripudin ni. Mudah je, kalau nak tukar pada lauk lain seperti kerang, sotong atau ikan pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.

 

RESEPI DAGING REBUS AIR ASAM

Resepi ni sebenarnya sangat istimewa. Cukup menyelerakan. Sebenarnya menu ni membuatkan anda tidak boleh diet pun. Makan confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 300 g daging lembu
  • 5-6 biji cili padi
  • 2 sudu makan asam jawa
  • 8-10 biji limau Kasturi
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji tomato
  • 1/2 inci belacan
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Air masak untuk gaul asam jawa
CARA PENYEDIAAN DAGING REBUS AIR ASAM :

▶️ Rebus dulu daging bagi empuk. Selagi tak empuk boleh tambah air.

▶️ Sediakan air asam jawa. Gaul dengan air masak ye. Tapi kalau nak guna paste asam jawa pun boleh.

▶️ Potong semua bahan lain macam cili padi, bawang merah, tomato. Potong suka hati selera ye.

▶️ Dah siap semua masukkan ke dalam satu mangkuk. Gaullah bagi sebati. Masuk gula dan garam juga.

▶️ Daging dah empuk boleh la potong nipis. Baru masukkan ke dalam air asam.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Tortilla Chicken Wraps Yang Sedap Dan Berkhasiat. Isi Ayam Yang Padat Puas Hati Makan!

 

Wah dah siap hidangan yang istimewa ni. Makan dengan nasi biasa pun dah sedap apatah lagi makan dengan ulam-ulaman pasti tambah nyummy. Kalau masak sendiri anda boleh adjust rasa dan seimbangkan rasa masam, manis dan pedasnya. Kalau tak suka pedas. Boleh kurangkan kuantiti cili padi tu.

Biasanya yang masam pedas tu lagi sedap. Ada bahang-bahang pedas tu lah yang padu. Resepi kalau hidangkan pada mak ayam atau keluarga mertua pasti kena puji. Hidangan yang simple tapi menyelerakan. Ye lah kalau orang tua memang suka makan hidangan yang tak berminyak macam ni.

Lepas ni kalau nak makan resepi daging rebus ais asam yang padu dan sedap ni boleh follow resepi yang mudah dan simple ni. Buat sekali pasti repeat lagi. Semoga dengan perkongsian resepi ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.