Resepi Nasi Hujan Panas Dihidangakan Bersama Ayam Masak Merah Yang Padu. Mudah Je Resepinya!
Dah ada idea ke nak masak apa hujung minggu untuk dihidangkan pada keluarga tersayang? Kalau belum ada idea lagi, anda jangan risau. Apa kata anda cuba resepi yang istimewa ni. Iaitu resepi nasi hujan panas dan ayam masak merah kenduri. Menu nasi hujan panas ni merupakan masakan kegemaran semua orang. Rasanya enak dan sedap memang membangkitkan selera makan.
Nasi hujan panas ni memang menarik perhatian. Warna yang cantik berwarna warni memang menambah seri dalam masakan. Fizikal dan tekstur nasi hujan panas ni sama je macam nasi berperisa lain. Kalau dihidangkan pada keluarga memang selera mereka makan. Tambah pula lengkap dengan lauk ayam masak merah dan acar timun.
Cara penyediaan resepi ni sangat simple dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Ramuan dan rempah tumisan ayam masak merah ni cukup rasa dengan masam, manis, masin dan pedas. Warna ayam masak merah yang warnanya merah menyala memang menaikkan seri dan membangkitan selera makan.
Resepi masakan nasi hujan panas dan ayam masak merah ni dikongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Raja Amanina. Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi resepi yang super enak ni. Memang sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang.
Tidak dinafikan juga lauk ayam masak merah ni sebenarnya memang sedap dihidangkan dengan pelbagai menu. Selain dimakan dengan nasi putih. Ianya juga sedap dimakan dengan nasi briyani, nasi impit, nasi tomato dan macam-macam lagi. Yang penting kena dengan selera anda.
RESEPI NASI HUJAN PANAS DAN AYAM MASAK MERAH
Hidangan ni bertambah sedap bila dimakan dengan acar timur dan sambal cili. Nak lagi sedap, ayam masak merah tu, tumisan dan bahan-bahannya terutamanya rempah harus ditumis sampai naik bau dan sampai pecah minyak. Nak bagi detail anda boleh follow resepi yang dikongsikan dibawah.
Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan masak ayam :
- 10-12 ketul ayam (digaul garam kunyit dan gaul separuh masak)
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- 5 ulas bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2genggam cili kering (rebus&kisar halus)
- 3 batang serai diketuk
- 2 helai daun limau purut
- 3 biji tomato
- 3 sudu makan sos cili
- 4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang&pelaga)
- Asam keping
- Gula garam secukup rasa
Bahan masak nasi :
- Air (ikut sukatan beras)
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 3 sudu makan butter@marjerin
- 1 cawan susu cair
- 4 sekawan (kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
- Daun pandan
- 1 batang serai diketuk
- Secubit garam
- Pewarna hijau kuning & merah
Bahan timur :
- 2 biji timun
- Sedikit kubis (dihiris)
- Carrot (dihiris)
- Cili padi (dihiris)
- 2biji bawang besar
- Sedikit pewarna kuning (optional je)
- Cuka 1 senduk kecil
- Gula
- Garam
- Sedikit air
CARA PENYEDIAAN NASI HUJAN PANAS DAN AYAM MASAK MERAH KENDURI :
Cara penyediaan ayam masak merah :
▶️ Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi. Masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
▶️ Kemudian masukkan tomato, sos cili & daun limau purut. Kacau rata.
▶️ Tambahkan sedikit air, asam keping dan masukkan ayam. Gaul rata.
▶️ Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam. Siap
Cara penyediaan nasi hujan panas :
▶️ Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai. Tumis hingga naik bau.
▶️ Masukkan susu cair dan beras. Tambahkan air & garam.
▶️ Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering & titikkan pewarna di tempat berasingan. Dan tutup periuk.
▶️ Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu. Done!
Cara penyediaan acar timun :
▶️ Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula garam. Siap!
▶️ Hidangkan sekali dengan ayam masak merah, nasi dan acar timun. Siap hidangan yang lengkap!
BACA JUGA: Resepi Gulai Kerutuk Telur Style Kelantan Yang Sangat Padu. Makan Dengan Nasi Panas-Panas Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Tada! Dah siap hidangan kita untuk keluarga tersayang! Aroma daun pandan memang membangkitkan lagi selera makan. Nak sedap lagi hidanglan dengan keropok nasi. Bila makan krup krap rasanya. Selain, dihidangkan hujung minggu. Sajian ni juga boleh dihidangan untuk majlis-majlis rumah terbuka dan majlis keramaian lain. Resepi yang ringkas, nak masak pun senang. Yang pastinya tetamu mesti suka.
Kalau kat kenduri memang jarang jumpa orang masak nasi hujan panas ni kan. Selalu nya nasi minyak atau nasi briyani je. Jadi kalau teringi nak makan memang kena buat sendiri dirumah. Kadang-kadang kalau beli dikedai pun jarang nak menepati cita rasa. Kadang tak kena dengan selera. Kalau buat kat rumah kita boleh adjust rasa mengikut citarasa sendiri.
Resepi dah ada, boleh save resepi ni dulu. Kalau ada kelapangan boleh cuba resepi nasi hujan panas dan ayam masak merah ni. Kombinasa yang terbaik. Semoga dengan perkongsian resepi ni dapat memberi anda manfaat. Dan boleh share juga pada kawan-kawan anda supaya sama mendapat manfaat yang sama. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!