Resepi Nasi Ala Kak Wok Sangat Sedap, Nasi Set Yang Mudah Dibuat Sesuai Untuk Hidangan Tengahari!

0 2,740

Kalau sebut nasi kak wok pasti akan terlintas negeri Kelantan. Di sana memang femes dengan nasi kak wok, mungkin ada yang pernah makan dan rasa sendiri kesedapan nasi kak wok ini. Jom kita cuba buat sendiri dengan menggunakan Resepi Nasi Ala Kak Wok.

Kalau nak tahu orang Kelantan pagi-pagi sudah makan nasi putih dengan pelbagai lauk, sebab itu dipanggil nasi berlauk. Nasi kak wok juga boleh didapati pada bila-bila masa, tak kira pagi atau petang.

Hidangan nasi ini sebenarnya simple sahaja nasi putih, kuah gulai, ayam goreng, sambal limau dan timun potong sahaja. Ini kira hidangan biasa, tapi rasanya sangat sedap sekali. Kunci kesedapan nasi kak wok ni terletak pada keranggupan ayam goreng dan sambalnya.

Hidangan ini sudah lengkap dengan lauk kuah dan sambal, jadi tidak perlu lauk tambahan lain lagi untuk makan dengannya. Biar pun hidangan ini serba ringkas tapi sangat digilai ramai, dengan rasanya yang sedap.

Nak buat nasi ala kak wok ni mudah sahaja, sesuai dihidangkan untuk makan tengahari. Bila buat nasi set macam ni dah tak perlu pikir nak masak lauk macam-macam lagi. Resepi nasi ala kak wok ini dikongsikan oleh Shafira Ismail.

 

RESEPI NASI ALA KAK WOK

Walaupun hidangan ini simple tapi sangat sedap. Dalam nasi kak wok yang penting ayam goreng mesti dipotong kecil-kecil dan digoreng sehingga garing bersama bawang, lobak dan kacang panjang.

photo6242209463058673519.jpg (720×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Kuah Kari :
  • 4 sekawan ( halba campur, Bunga lawang, Bunga cengkih, kulit kayu Manis )
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • 1 peket rempah kari ayam
  • Santan
  • Ayam
  • Carot
  • Kacang panjang
  • Garam

photo6242209463058673517.jpg (960×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH KARI :

▶️ Tumis empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia, daun kari. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Masukkan 1 paket rempah kari ayam, tumis sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan santan dan sedikit ayam yang potong halus. Kemudian masukkan carrot dan kacang panjang.

▶️ Kemudian, perasakan dengan garam.Biar mendidih. Siap.

 

Bahan-bahan ayam goreng kunyit :
  • Ayam ( dipotong kecil-kecil )
  • Garam kunyit
  • Lada hitam yang dikisar
  • Carrot
  • Kacang panjang
  • Gula

photo6242209463058673518.jpg (960×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG KUNYIT

▶️ Potong ayam kecil-kecil, masukkan garam, kunyit, lada hitam yang dah dikisar, dan gula.

▶️ Kemudian, perapkan selama 30 minit.

▶️ Goreng hingga garing dalam minyak yang banyak.

▶️ Kemudian, tabur carrot dan kacang panjang yang dah digoreng atas ayam. Siap.

 

Bahan-bahan sambal lada :
  • Cili padi merah
  • Cili merah besar
  • Cili padi hijau
  • Belacan sedikit
  • Limau kasturi
  • 1 sudu cuka
  • Garam
  • Gula
  • Air sedikit

photo6242209463058673516.jpg (960×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL LADA

▶️ Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar sehingga hancur.

▶️ Limau kasturi blend sekali kulit, cuma belah buang biji untuk elak sambal rasa pahit.

▶️ Aroma limau kasturi yang buat sambal lagi sedap. Bau wangi kulit limau.

 

BACA JUGA : Resepi Dim Sum Homemade Yang Mudah Dibuat Dirumah, Dijamin Bersih Dan Halal!

 

Kalau nak rasa lagi sedap, bungkus dahulu sebelum makan lepas itu makan macam nasi bungkus. Tak hairanlah nasi kak wok terkenal sehingga ke negeri lain, sebab rasanya sangat sedap.

72748324.jpg (1200×800)

Kalau tak ada sambal lada tak lengkap rasa nasi kak wok ni, sambal ini yang menbuatkan naik selera ketika makan. Sambal belacan dengan sambal lada kelantan rasanya tidak sama ye, sebab Di kisar sekali dengan limau kasturi.

Sekali sekala buat nasi set macam ni sedap dan mudahkan kerja sebab tak perlu memasak banyak lauk. Resepi nasi ala kak wok ini memang wajib dicuba tau!

Leave A Reply

Your email address will not be published.