Resepi Kuih Tako Kelongsong Pandan. Hidangan Yang Sangat Mudah Dan Pastinya Sedap!

0 2,407

Terdapat pelbagai kuih muih yang terdapat di Malaysia, salah satu yang popular ialah kuih tako atau dikenali kuih takup. Kuih ini juga mempunyai rupa yang sama dengan kuih tepung pelita dan kuih limas. Namun kuih-kuih ini mempunyai keunikkan rasa yang tersendiri. Jom lihat perkongsian resepi kuih tako yang sangat sedap ni!

Ketiga-tiga kuih ini juga dapat dibezakan melalui bahan yang digunakan. Kuih tako menggunakan tepung jangung, kuih limas pula menggunakan tepung gandum manakala kuih tepung pelita menggunakan tepung beras sebagai bahan utama.

Selain itu, kaedah penyedian kuih ini juga sedikit bebeza, kuih tako biasa menggunakan daun pandan sebagai kelonsongnya manakala kuih tepung pelita dan kuih limas pula menggunakan daun pisang.  Namun kuih tako ini mempunyai rasa yang sangat sedap hasil dari lemak manis santan dan jagung.

Cara penyediaan kuih tako ini juga sangat mudah dan bahan yang digunakan mudah didapati. Resepi ni hanya mengunakan 5 bahan asas sahaja seperi tepung jagung, santan, jagung manis , daun manis dan sedikit gula dan garam. Wah! bahannya pun tidak renyah.

Resepi kuih tako ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Nor Al Fatihah. Nampaknya ramai penggemar kuih ini yang memberi respond positif dalam pengkongisan beliau. Terbukti kuih ini menjadi kesukaan ramai orang.

 

RESEPI KUIH TAKO 

Menu yang sangat simple dan sedap. Jom kita cuba buat! tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan kuih tako ni. Bila dan buat pasti kuih tado anda teruja dengan hasilnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Duan pandan

 

Bahan lapisan bawah (hijau) :
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 tin jagung manis
  • 5 cawan air(4 cawan air+1 cawan daud pandan)
  • 1 ¾ cawan gula pasir
  • Pewarna hijau

 

Bahan lapisan atas (putih) :
  • 1 cawan tepung jagung
  • 9 cawan santan
  • 1 ½ sudu teh garam

CARA PENYEDIAAN KUIH TAKO :
Cara penyedian lapisan bawah (hijau) :

▶️ Satukan semua bahan kecuali jagung di dalam periuk, gunakan api yang sederhana kacau sampai mendidih.

▶️ Kemudian, masukkan jagung tersebut tutup api dan tuang kedalam kelongsong.

Cara penyedian lapisan atas (putih) :

▶️ Campukan semua bahan. Kacau sehingga sebati dengan mengunakan api sederhana sampai mendidih.

▶️ Kemudian tuang ke bahagian atasnya. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Buko Pandan Filipina. Pemanis Mulut Paling Laris Anda Wajib Cuba!

 

Wah! Mudah je kan. Dah siap nanti boleh sejukkan. Masuk dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk memang sedap sangat. Kuih tako ini boleh dijadikan dengan pelbagai bentuk, ada yang tiga segi ada juga yang buat empat segi, tapi ia terpulang pada selera anda.

Kepada yang gemar sangat kuih ni, apa kata anda mencubanya sendiri dirumah. Confirm puas hati! Menu ini juga sesuai dihidang untuk minum petang ataupun sebagai pemanis mulut selepas makan. Boleh buat banyak-banyak, dan bagi pada jiran-jiran cuba. Pasti mereka suka!

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi kuih tako ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi kuih tako yang sangat padu ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.