Cara Buat Kimchi Homemade Style. Menu Yang Ringkas Dan Sangat Sedap Wajib Try Tau!

0 4,719

Kimchi merupakan salah satu hidangan yang berasal dari korea selatan. Kimchi juga merupakan hidangan wajib dinikmati apabila ke restoren korea. Cara penyediaanya resepi kimchi homemade style ini mudah dan ringkas je, boleh dibuat sendiri dirumah. Confirm sedap!

Terdapat berbagai-bagai resepi kimchi yang boleh dicuba dan ianya bergantung dengan citarasa anda juga. Kimchi kalau makan tanpa lauk pun tak ok. Kebiasaanya kimci bukan sahaja dimakan dengan nasi, malah boleh dimakan dengan manggi kari, nasi goreng, sushi ataupun stew kimchi.

Kalau dilihat dipasaraya banyak juga yang menjual kimchi frozen ataupun kimchi yang dah siap. Namun mungkin kita merasa was-was tentang kebersihan atapun halal haram. Lagipun kalau buat sendiri lagi terjamin kebersihan dan lagi sedap dan puas hati makan.

Kimchi juga boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak ianya mampun bertahan lama jika disimpan dalam peti ais, dan dikatakan kimchi juga boleh bertahan lebih dari 5 bulan. Jadi tak tak perlu risau kalau buat dalam kuantiti yang banyak.

Kimchi juga dikatakan hidangan sihat kerana terhidang dengan pelbagai jenis sayuran seperti lobak merah, daun sup dan lobak putih. Kalau tak nak masak sayur boleh, ada kimchi pun dah cukup. Untuk resepi yang simple ini anda boleh ikuti perkongkongsian dari seorang pengguna facebook iaitu cik puan  Noor Azmawani Ismail confirm puas hati hasilnya.

 

RESEPI KIMCHI  HOMEMADE STLYE

Disebabkan penanggan drama korea, kimchi menjadi kegilaan ramai, namun kimchi juga mempunyai rasa yang cukup enak. Tanpa membuang masa lagi apa kata lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaanya kimchi  homemade style.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Sebiji kubis cina (sederhana besar)
  • Sebiji carrot merah (hiris nipis)
  • Sebiji carrot putih (hiris nipis)
  • Segenggam daun bawang (potong sederhana panjang)
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang holland (sederhana besar)
  • 1 inci halia tua
  • 5 sudu sos ikan
  • 2 sudu kecil gula merah
  • 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak
  • Garam halus secukupnya
  • 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh

CARA PENYEDIAAN KIMCHI STLYE HOMEMADE

▶️ Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.

▶️ Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.

▶️ Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.

▶️ Masukkan semua bahan yang lain kecuali sayur ke dalam pengisar beserta dengan bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.

▶️ Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.

▶️ Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.

▶️ Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.

▶️ Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.

▶️ Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.

▶️ Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kentang Ikan Bilis Cili Berempah Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah Syok!

 

Wah! Siap dah, mudah kan nak menyediakan resepi ini. Lagi pun kalau buat sendiri lagi jimat berbanding makan diluar. Buat je banyak-banyak nak makan boleh sendokkan terus makan. Makan time sejuk-sejuk lagi sedap. Yang pastinya dijamin bersih dan halal.

Rasa masam manis, dan sedikit pedas dalam kimci memang membangkitkan selera anda. Kalau ada yang jenis suka makan pedas nak potong cili hijau pun boleh letak dalam kimchi ni baru dipanggil kimchi ala tekak melayu, kalau tak letak cili tak sah. Tapi ianya terpulang pada citarasa anda.

Anda wajib cuba tau! Rasa pasti anda puas hati, tunggu apa lagi, anda yang menggemari kimchi boleh mengikut resepi di yang dikongsikan. Gerenti rasa sama dengan asli dan sangat sedap terangkat. Semoga resepi kimchi homemade style ini memberi manfaat pada anda semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.