Resepi Kuey Teow Theng. Hidangan Yang Mudah Dan Sedap Dengan Rasa Yang Berbeza Dari Hidangan Sup Yang Lain!

0 38,974

Kuey teow theng jarang-jarang nak dengar, sebab tak semua tempat boleh dapat. Kalau pergi Penang mesti makan kuey teow theng ni. Kuey Teow Theng sejenis kuey teow sup cuma lain sedikit.

Kalau orang Penang mesti tahu Rasa kuey teow theng ni macam mana kan? Nak kata macam kuey teow sup tapi bukan macam sup biasa. Sup kuey teow theng ni kena manis ye, boleh bayang tak sup yang manis.

Disebabkan sup kuey teow theng agak manis, jadi kenalah stabilkan rasanya dengan sambal atau minyak cili. Sambal boleh memberikan lagi rasa pedas pada sup manis kuey teow theng tu.

Semasa menghidang kuey teow theng, akan diletakkan minyak bawang putih. Minyak bawang putih ni akan memberi aroma dan rasa sedap pada sup kuey teow theng itu sendiri. Sebab itu kuey teow theng berbeza sedikit dengan kuey teow sup yang lain.

Resepi Kuey teow theng telah dikongsi oleh Azlan Rahman. Untuk membuat kuey teow theng agak simple tapi rasanya sangat berbeza dan sedap sekali. Jadi ibu-ibu boleh cuba follow resepi ini.

 

RESEPI KUEY TEOW THENG

Dalam semangkuk kuey teow theng mesti kena ada kuey teow yang dah dicelur, sup ayam, minyak bawang putih, sambal dan condiments seperti fishball, fishcake, lobak masin dan daun bawang.

Bahan-Bahan yang diperlukan :
Bahan untuk masak sup :
  • 4 Ketul Isi ayam (bahagian dada)
  • 1 Kiub Pati Ayam
  • Seketul Halia (dipotong nipis)
  • 2-3 Ketul Gula batu (ikut manis yg nak)
  • Garam
  • 3-4 Keping Sengkuang (optional)

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP KUEY TEOW THENG

▶️ Rebus semua bahan-bahan di atas sampai ayam masak.

▶️ Kemudian angkat isi ayam dan carik-carikkan.

▶️ Air rebusan tu jadikan sup. Sup ni kena manis, pandai-pandai agak dan adjust dengan garam sikit.

Bahan-bahan untuk masak sambal:
  • 2-3 Ulas Bawang Merah
  • 1- 2 Ulas Bawang Putih
  • Cili Kering (diblender) – ikut kepedasan yang kita nak
  • Sedikit Sos Tomato

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL KUEY TEOW THENG

▶️ Tumis bawang merah dan putih yang telah dihiris.

▶️ Apabila hampir garing, masukkan cili kering dan masak sampai pecah minyak.

▶️ Selepas itu, masukkan sos tomato sikit.

▶️ Akhir sekali masukkan sikit garam dan gula. Sambal jangan manis sebab sup dah manis.

 

Bahan-Bahan Minyak Bawang Putih:
  • 2 – 3 Labu Bawang Putih
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Sedikit minyak bijan
CARA-CARA PENYEDIAAN MINYAK BAWANG PUTIH

▶️ Racip bawang putih halus-halus.

▶️ Panaskan minyak dan masukkan bawang putih tadi. Minyak banyak tak apa, goreng hingga garing dengan api perlahan.

▶️ Apabila bawang hampir garing, titiskan 2-3 titik minyak bijan, jangan terlalu banyak minyak bijan kuat flavour dia.

 

BACA JUGA : Cara Buat Jeruk Pelam Muda. Kudapan Yang Mudah Tapi Sekejap Je Boleh Habis Kalau Tidak Disorok!

 

Fuh! Aroma kuey teow theng ni memang memanggil-manggil. Nampak je simple macam ni tapi rasanya sangat sedap sekali. Ditambah pula dengan pelbagai condiments dalam tu memang akan buat kuey teow theng nampak meriah.Dalam hidangan kuey teow theng apa Yang penting ialah minyak bawang putih. Minyak bawang putih mesti kena ada, yang lain tak ada tak apa lagi. Sebab minyak bawang putih ni akan membangkitkan aroma dan rasa sup tersebut.

Resepi Kuey teow theng ini, ibu-ibu boleh cuba buat dirumah disebabkan agak mudah. Pasti anak-anak dan suami sukakannya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.