Resepi Durian Crepe Yang Gebu, Rasa Lemak-Lemak Manis Isi Durian Dan Aroma Yang Mengoda!

0 1,820

Durian terkenal dengan gelaran raja buah oleh kerana baunya yang kuat, saiznya yang besar, dan isinya yang dilindungi oleh kulit yang berduri. Sekarang ini musim durian, pasti ada yang teringin membuat hidangan berasaskan durian, jom cuba Resepi Durian Crepe pula.

Crepe merupakan sejenis pancake yang nipis, diperbuat daripada gabungan pelbagai jenis tepung. Dimasak senipis mungkin dan biasanya diberi inti bukan sahaja durian tetapi seperti nutella, coklat, pisang, dan lain-lain lagi.

Durian merupakan buah yang bermusim, jadi untuk menikmati durian perlu tunggu musimnya dahulu. Isi durian rasanya sangat sedap dengan lemak-lemak manisnya yang akan membuatkan si pengemar durian sangat menyukainya.

Hidangan ini sejenis pemanis mulut yang sedap dimakan ketika sejuk, biasanya durian crepe dibuat dengan lapisan lempeng yang nipis diletak pula dengan whipping cream dan isi durian ditengahnya.

Untuk inti ada yang menggunakan isi durian terus dan ada yang menggunakan kastard durian. Tetapi dalam resepi yang kami kongsikan ini, hanya menggunakan isi durian untuk intinya, resepi durian crepe ini telah dikongsi oleh Suzilawati Mohamed Ali.

 

RESEPI DURIAN CREPE

Bagi mendapatkan crepe yang dimasak sempurna, jangan guna api yang besar ia akan menyebabkan crepe cepat masak dan garing. Api yang kecil perlu diguna supaya kuali tidak terlalu panas semasa adunan dituangkan, supaya mudah untuk melenggan adunan supaya rata.

photo6253581020335025873.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk kulit :
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan susu cair (dipanaskan)
  • 3/4 cawan air biasa (170gm)
  • 1/2 sudu kecik minyak masak
  • 1 biji telur + 1 biji kuning telur ( gred A/B)
  • Sedikit pewarna lemon/kuning
  • Secubit garam atau 1/4 sudu teh

 

Bahan untuk Inti :
  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • 1 sudu kecil susu pekat
  • Isi durian

* Pukul cream dan susu pekat sehingga kental dan tidak jatuh bila terbalikkan.

photo6253581020335025874.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN DURIAN CREPE

▶️ Mula-mula panaskan susu cair.

▶️ Bancuh semua bahan kecuali susu cair yg dipanaskan tadi sehingga sebati.

▶️ Kemudian baru masukkan susu cair tadi, kacau sebati dan tapis.

▶️ Guna senduk kecik untuk satu lempeng.

▶️ Selepas itu, tuang atas kuali dan lenggangkan kuali non stick supaya dapat lempeng yang nipis.

photo6253581020335025872.jpg (616×960)

▶️ Bila ada gelembung-gelembung kecik tanda lempeng dah masak.

photo6253581020335025869.jpg (576×1280)

▶️ Terbalikkan atas pinggan bahagian yang licin dibawah.

▶️ Masa tuang adunan dalam kuali, tutup dahulu api atau angkat kuali supaya kuali tidak terlalu panas. Nanti crepe akan tidak cantik dan licin apabila kuali terlalu panas.

▶️ Apabila semua crepe sudah siap, boleh letakkan cream dan sedikit isi durian ditengah crepe. Balut secantik yang boleh.

photo6253581020335025871.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Singgang Ayam Kelantan Yang Cepat Dimasak, Resepi Viral Yang Perlu Dicuba!

 

Apabila sudah siap, perlu disimpan didalam peti terlebih dahulu untuk sejukkan durian crepe sebelum dimakan. Durian crepe sangat sedap apabila dimakan ketika sejuk dengan inti durian yang sedap dan aroma yang merangsang selera.

0986432.jpg (1200×800)

Dari lapisan crepe juga boleh buat durian mille crepe, menggunakan bahan yang sama cuma bentuk sahaja yang berbeza. Durian crepe perlu dibalut, makanakala mille crepe perlu dilapis berselang seli crepe, creme dan isi durian seperti kek yang berlapis.

Crepe perlu dibuat senipis yang boleh, semakin nipis crepe semakin sedap durian crepe tersebut. Jika dibuat sendiri boleh meletakkan isi durian sebanyak yang kita mahu, lagi banyak lagi sedap. Resepi durian crepe yang sangat mudah untuk dicuba, confirm jadi!

Leave A Reply

Your email address will not be published.