Resepi Singgang Ayam Kelantan Yang Cepat Dimasak, Resepi Viral Yang Wajib Dicuba!
Masakan singgang selalu sinonim dengan ikan dan daging, tapi kali ni viral pula dengan masakan singgang ayam kelantan. Disebabkan viral, kita cuba kongsikan Resepi Singgang Ayam Kelantan ini.
Sebenarnya, tidak semua orang kelantan pernah merasa singgang ayam ini mahupun mengetahui tentang kewujudannya sehingga viral di facebook sebelum ini. Sekarang sudah ramai yang cuba untuk masak hidangan ini.
Hidangan ini tiada dijual dimana-mana kedai-kedai makan, mahupun di Kelantan. Jadi untuk menikmati hidangan ini perlu dimasak sendiri dirumah. Cara untuk membuatnya agak senang, hanya perlu mengaul semua bahan sekali sebelum masak.
Dalam hidangan ini akan menggunakan budu sebagai penyedap masakan. Mungkin ramai yang tidak tahu kalau orang tua-tua kelantan masak akan campurkan sedikit budu didalam masakan untuk menaikkan kesedapan masakan tersebut.
Jika sudah bosan dengan masakan yang bergoreng atau bersantan boleh cuba pula masakan singgang ayam ini. Resepi viral ini telah dikongsi oleh Syahr Musafir di facebook, boleh follow resepi ini.
RESEPI SINGGANG AYAM KELANTAN
Masakan ini tidak perlu ditumis hanya rebus sehingga mendidih sahaja. Kalau di kelantan kuah singgang ada berwarna jernih dan merah, yang berwarna merah kerana dimasukkan budu. Tapi ada juga singgang yang dimasukkan kunyit, jadi warnanya akan kekuningan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 biji bawang merah *
- 2 atau 3 biji cili padi
- 2 biji cili kering ( dipotong besar-besar )
- Sedikit halia *
- Sedikit budu
- 1 batang serai ( diketuk )
- Sedikit lengkuas *
- 2 ulas bawang putih *
- Sedikit biji ketumbar ( tumbuk kasar )
- 1 keping asam keping
- Ayam ( potong dan dibasuh bersih )
- Air
- Garam dan gula
CARA-CARA PENYEDIAAN SINGGANG AYAM KELANTAN
▶️ Mula-mula hiris semua bahan yang bertanda * dan dimasukkan kedalam periuk.
▶️ Masukkan kesemua bahan lain didalam periuk kecuali budu.
▶️ Kemudian tuang sedikit budu kedalam periuk dan gaul sehingga rata dan bersalut pada ayam.
▶️ Selepas itu, masukkan air dan baru hidupkan api.
▶️ Masak sehinggan mendidih dan sehingga ayam masak. Siap.
BACA JUGA : Resepi Masak Lemak Siput Sedut Yang Menyelerakan, Rahsia Tak Berbau Hanyir Dan Dibasuh Bersih!
Nak masak hidangan ini sangat mudah, sebab perlu masukkan kesemua bahan sekali gus dan masak. Hidangan ini boleh dikatakan hidangan yang sihat kerana tidak menggunakan minyak dan santan.
singgang sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas, dan jika makan dengan telur dada sekali lagi menyelerakan. Jika perasan singgang ayam ni sama sahaja cara masak dengan singgang daging sebab dimasukkan budu sedikit didalamnya.
Resepi singgang ayam kelantan khas untuk yang suka hidangan yang simple dan sihat serta yang ingin cepat. Disebabkan hidangan ni sekejap sahaja untuk masaknya jadi mudah disediakan bagi orang bekerja. Resepi yang wajib untuk dicuba, selamat mencuba!