Cucur merupakan adunan gandum yang digoreng dalam minyak, sangat mudah disediakan. Biasanya cucur akan diberi nama dengan apa bahan yang dimasukkan kedalam adunan. Untuk membuat Resepi Cucur Jagung perlu ada jagung untuk dimasukkan dalam adunan.
Kalau orang tua-tua, bila nak mengoreng cucur mereka akan jemput sedikit adunan menggunakan tangan dan masukkan kedalam kuali. Mereka tidak menggunakan sudu bagi membentuk cucur, sebab itu cucur mereka menjadi bulat elok sahaja.
Kebiasaan cucur jagung akan dimakan pada sarapan pagi dan sebagai hidangan minum petang. Boleh dikatakan tidak kira masa boleh dibuat, disebabkan cucur ini kuih yang sangat mudah untuk dibuat.
Dalam adunan jagung bukan dimasukkan isi jagung sahaja, tetapi akan dimasukkan juga seperti bawang, udang, cili dan lain-lain bahan lagi. Jadi akan ada pelbagai rasa bukan setakat manis jagung sahaja.
Cucur ini bila digoreng akan ranggup diluar dan lembut didalam. Sedap sangat dimakan dengan sos cili atau sos pencicah memang sedap sangat. Resepi cucur jagung ini telah dikongsi oleh Ana Mariana Ismail.
RESEPI CUCUR JAGUNG
Bagi mendapatkan tekstur cucur yang yang elok, adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. apabila adunan terlalu cair akan membuatkan bentuk cucur leper dan nipis apabila digoreng dan tidak bulat.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Isi jagung yang dihiris
- Tepung gandum
- Cili blend
- Udang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar
- Bawang besar dihiris
- Serbuk kunyit+serbuk ikan bilis
- Garam+gula secukup rasa
- Telur sebiji
- Air suam
CARA-CARA PENYEDIAAN CUCUR JAGUNG
▶️ Masukkan tepung gandum (agak-agak padan dengan bahan-bahan lain) isi jagung, bawang besar dihiris, udang(nak guna ikan bilis pun boleh) serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sikit, cili kisar dan telur sebiji.
▶️ Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair.
▶️ Masuk air sikit-sikit agak-agak senang nak jemput guna tangan.
▶️ Pastu goreng cucur guna minyak banyak dengan api sederhana. Makan cicah dengan sos cili.
BACA JUGA : Resepi Roti Canai Boleh Buat Sendiri, Roti Yang Sedap Dan Lembut Hingga Ke Petang!
Kuih paling senang untuk dibuat, main campak-campak dan agak-agak je bahan pun boleh jadi sedap. Buatlah masa mana pun memang akan habis licin, sekali buat bukan boleh buat sikit-sikit je, sebab cucur ni memang diminati ramai.
Boleh kata buat banyak mana pun tetap habis, sebab makannya tak akan rasa muak lagi bertambah-tambah ada lah. Bahan-bahan dalam adunan tidak tetap, jadi boleh ditambah dan dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
Kalau tetamu datang mengejut ni, bolehlah sediakan cucur jagung ni. Tapi kena ada jagung baru boleh jadi cucur jagung. Resepi cucur jagung ini sangat mudah untuk diikuti, boleh mencubanya untuk persediaan minum petang nanti!