Resepi Kuih Seri Muka Menggunakan Acuan Lompang. Sedap Dan Lemak Berkrim Pasti Disukai Ramai!
Resepi kuih seri muka merupakan kuih tradisonal yang merupakan salah satu kuih yang sangat popular di Malaysia. Kuih seri muka ini diperbuat daripada tepung pulut dan mempunyai lapisan santan dengan campuran tepung ubi yang menjadikan kuih seri muka ini sangat sedap.
Resepi ini sangat sesuai dicuba kerana penyediaan yang sangat simple dan mudah. Boleh follow cara ini sahaja untuk mendapat hasil yang lembut, dan berlemak. Bahan yang digunakan tidak lah susah diperolehi, hanya boleh didapati di dapur anda sahaja.
Kuih seri merupakan menu yang sangat ringkas dan sedap, ia juga boleh dihidangan untuk sarapan pagi atau juadah minum petang. Hidangkan bersama teh lagi sedap. Kebiasaan kuih seri muka ada dijual dikedai kuih, tapi bila buat sendiri lagi puas hati, lagi sedap dan jimat.
Bahan digunakan dalam resepi ini sangat mudah, anda boleh menggunakan acuan kuih lompang, untuk menghasilkan bentuk kuih muka yang cantik. Ini boleh menjimat masa anda untuk membuat kuih ini. Kaedah membuat kuih hanya menggunakan periuk pengukus, tidak perlu risau jika tiada oven.
Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook iaitu cik puan Wan Siti Halijah Dzulkifly Terima kasih juga berkongsi resepi. Bahan yang digunakan dalam menghasilkan kuih ini pun sangat mudah diperolehi. Tak rugi cuba tau!
RESEPI KUIH SRI MUKA
Kuih sri muka ini sangat simple dan sedap, tapi hasilnya dapat yang lembut dan berlemak . Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan kuih sri muka ini, menu yang mudah dan pasti anak-anak akan menyukainya. Jom kita cuba buat!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan beras pulut
- 1 cawan santan cair
Bahan-bahan lain :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu makan tepung ubi
- 1 cubit garam
CARA PENYEDIAAN KUIH SRI MUKA :
▶️ Rendam beras pulut selama 1 jam kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang lain.
▶️ Bila pulut dah masak masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan 1 lagi acuan lompang yg telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.
▶️ Kemudian, untuk membuat lapisan atas, satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain.
▶️ Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.
▶️ Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi.
▶️ Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.
▶️ Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
BACA JUGA : Resepi Udang Masak Merah Madu Yang Simple Dan Pastinya Sedap. Sesuai Untuk Hidangan Hari Ini!
Tada! Siap dikukus, Nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan kuih sri muka yang sedap dan lembut. Bila dihidangan bersama teh, memang menjadi lah, confirm tak cukup satu, tapi kalau buat sendiri bolehlah makan banyak kan. Jika anda follow resepi diatas dalam 30 biji kuih dapat dihasilkan.
Kuih sri muka ini biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlis kenduri. Rasanya juga sangat tradisonal dengan rasa pulut yang lemak dan campuran santan bertambah lagi kesedapan pada kuih ini. Ia telah membuatkan kuih sri muka ini diminati dari dulu sampai sekarang.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi kuih sri muka ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi kuih sri muka yang sangat lembut ini. Selamat mencuba!