Resepi Ikan Siakap Sos Thai Yang Menyelerakan. Hingga Menjilat Jari Dibuatnya!

0 2,076

Nak masak apa hari ini? Tak idea nk masak lunch! Jom try resepi ikan siakap sos thai. Makan dengan nasi putih boleh bertambah selera dibuatnya. Resepi ikan siakap sos thai ini juga boleh dihidangkan dengan ikan lain seperti ikan tilapia, ikan kembung atau ikan bawal.

Resepi ini sangat sesuai dicuba kerana penyediaan yang sangat simple dan sedap. Boleh follow cara ini sahaja. Kebiasaan menu ikan siakap sos thai banyak dijual di kedai kedai makan terutama kedai yang menghidang menu thai. Menu ini menjadi kesukaan ramai orang kerana kesedapan masakan tersebut.

Bahan yang digunakan tidaklah susah diperolehi. Hanya ada didapur rumah anda sahaja. Menu ini sesuai dijadikan menu makan tenghari ataupun makan malam. Bila masak sendiri tidak hiaran lah kalau selera makan anda akan bertambah-bertambah.

Rasa masam manis ikan itu membangkitkan selera anda bila dimakan dengan nasi putih. Ditambah lagi cara penyediaan hidangan ini yang sangat mudah dan tidak perlu mengeluarkan model yang banyak, anda juga boleh menukar ikan lain mengikut cita rasa masing-masing.

Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda  follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik puan  Liza Idris. Ikan siakap bila digoreng dengan garing lagi sedap dimakan tau, rasa yang ranggup mesti membangkit selera lagi. Jadi jangan lupa cuba tau!

 

RESEPI IKAN SIAKAP SOS THAI

Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan ikan siakap sos thai  yang super sedap ini. Hidangan istimewa ini jika dihidangkan confirm suami dan anak-anak akan suka.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 biji bawang holand (dikisar/dicicang)
  • 6 ulas bawang putih (dikisar/dicicang)
  • 1 batang serai (dikisar/dicicang)
  • 1 biji cili besar (dikisar/dicicang)
  • 5 @ 10 biji cili padi (dikisar/dicicang)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang akar ketumbar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 inci belacan.
  • Sedikit gula kabung atau gula biasa
  • 1 biji limau kasturi/limau nipis

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP SOS THAI : 

▶️ Pertama, lumur ikan siakap dengan dengam kunyit dan tepung jagung sedikit.

▶️ Kemudian goreng ikan siakap sehingga garing.

▶️ Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dicincang tadi. Kacau hingga layu.

▶️ Letak 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati.

▶️ Masuk belacan. Masa ini harum semerbak.

▶️ Letak sos cili, sos tiram, dan sos ikan sekali jalan.

▶️Masuk gula. Kacau sampai pecah minyak.

▶️ Masuk 1 cawan dan air Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Kacau hingga mesra.

▶️ Tabur daun ketumbar. Ha siap!

▶️ Dah boleh dihidang. Boleh hias cantik-cantik.

 

BACA JUGA : Resepi Apam Lempeng Gebu, Lembut Dan Wangi. Rugi Tak cuba Tau!

 

Dah siap! Sangat simple tapi nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan Ikan Siakap Sos Thai ini. Rasa kuah yang masam manis menjadikan menu ini sangat sesuai untuk di hidang untuk menu lunch ataupun dinner.

Jika ada suka pedas boleh tambah cili lebih, rasa masam manis dan sedikit pedas boleh nambah lagi segera anda . Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya

Semoga pengkongsian cara menyediakan ikan siakap sos thai ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ikan siakap sos thai yang sangat padu ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.