Resepi Viral Kek Oreo Red Velvet Cheese Yang Super Delicious. Tanpa Kukus Dan Tanpa Perlu Bakar!

0 1,364

Hujung minggu tak tahu nak buat apa? Kalau ada masa terluang! Jom apa kata kita cuba buat resepi viral kek oreo red velvet cheese simple dan sedap. Hanya menggunakan 6 bahan sahaja. Kek oreo red velvet juga tidak perlu kukus ataupun bakar. Namun hasilnya pasti anda akan teruja.

Bahan yang ringkas dan cara penyediaan tidak lah susah sebenarnya. Resepi ini menyediakan satu persatu step yang mudah untuk anda belajari. Kombinasi rasa oreo, red velvet dan cheese yang pasti buat anak-akan akan suka. Tambah lagi ianya menarik dengan 3 lapisan kek.

Resepi kek oreo red velvet cheese ini, anda juga boleh buat untuk majlis hari jadi anak-anak di rumah. Sebab bahanya ringkas je tapi rupa kek amat cantik dan sesuai untuk dihidangan majlis-majlis tertentu. Rasa kenakaanya tidak perlu nak disangkal lagi. Memnag sedap dengan base paling bawah.

Kemudian perisa cream cheese untuk tengah-tengah dan diatas ialah krim red velvet. Kalau makan sejuk-sejuk memang nikmat sangat rasanya. Yang paling penting resepi tidak perlu dikukus dan dibakar. Kalau dirumah anda tiada oven pun. Anda boleh boleh buat kek yang sedap ini.

Hidangan yang simple dan nampak sangat menyelerakan ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Cek Yah. Anda yang baru nak belajar buat resepi ini boleh follow step by step resepi yang dikongsikan dibawah ini.

 

RESEPI VIRAL KEK OREO RED VELVET CHEESE

Rasa kek ini sedap dengan rasa lemak-lemak manis. Ikut sukatan bahan sebiji-biji dan juga stepnya. Pasti akan menjadi. Tanpa membuang masa apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi kek ini.

Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan base kek :
  • 1 pack @ 14 keping Oreo Red Velvet (biskut sahaja, asingkan creamnya)
  • 80gm butter (dicairkan)

 

Bahan cream cheese :
  • 500gm cream cheese
  • 250ml whipping cream
  • 4 sudu @ 50gm gula icing
  • 1 sudu @ 10gm serbuk gelatin
  • Cream oreo yang diasingkan
  • 6 biskut oreo (dicincang kasar)

 

Bahan lapisan atas :
  • 200ml whipping cream
  • 2 sudu @ 25gm gula icing
  • 2gm serbuk gelatin
  • Sedikit red velvet emalco @ pewarna merah/pink

CARA PENYEDIAAN KEK OREA RED VELVEL CHEESE : 
Cara penyediaan base kek :

▶️ Asingkan biskut oreo dan juga cream. Kemudian hancurkan biskutnya.

▶️ Cair butter. Guna api yang sederhana sahaja.

▶️ Masukkan butter yang telah dicairkan tadi ke dalam biskut orea yang dan hancur. Gaulkan sekata.

▶️ Masukkan dalam loyang dan tekan-tekankan supaya rata. Siap untuk lapisan base kek.

Cara penyediaan lapisan cream cheese :

▶️ Cairkan serbuk gelantin. Caranya masukkan 5 susu kecik air panas ke dalam gelatin dan kacau sehingga larut. Letak tu rendamkan gelatin dalam air panas supaya gelatin kekal cair.

▶️ Masukkan cream cheese dalam mangkuk. Gaul sekata pastikan ianya dalam suhu bilik. Sejam lebih awal sebelum guna supaya senang nak kacau.

▶️ Dalam bekas lain, putar whipping cream dan gula icing sehingga kental. Masukkan 1 susu besar air panas ke dalam krim oreo tadi. Kacau hingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan krim oreo dan whipping cream ke dalam adunan cream cheese. Kacau sebati.

▶️ Lepas dan sebati, masukkan gelatin yang telah dicairkan tadi. Kacau sebati. Kemudian ambil 6 biskut oreo red velvet yang dicicang kasar dimasukkan ke dalam adunan.

▶️ Kacaukan sehingga oreo sekata. Kalau nak letakkan oreo lebih pun boleh juga.

▶️ Kemudian masukkan adunan cheese ni atas base kita tadi. Ratakan nya. Dan masukkan dalam peti ais semula.

Cara penyediaan lapisan atas :

▶️ Cairkan 2gram sebuk gelatin dengan 4 sudu kecik air panas. Jangan lupa rendamkan bekas dalam air panas supaya gelatin kekal ciar. Kemudian dalam mangkuk lain, putar whipping cream, gula icing dan red velvet emalco/ pewarna merah /pick.

▶️ Kemudian masukkan gelatin tadi ke dalamnya. Putarkan lagi sekejap. Dan tuangkan atas adunan cream cheese tadi. Kalau ada gelembung udara, gunakan lidi dan cucuk untuk pecahkan gelembung tu.

▶️ Dan siap, masukkan dalam peti ais selama 5 jam atau semalam.

▶️ Selepas dah keluarkan dari peti ais. Gunakan tuala yang direndam air panas, kemudian lilitkan tepi loyong.

▶️ Dengan cara ni, Loyang akan mudah tanggal. Dan cantik dan tak pecah.

▶️ Siap untuk dihidamng!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Lapis Labu Gedik Yang Marvelous. Lemak-Lemak Manis Yang Memikat Selera Anda!

 

Wah sungguh cantik hasilnyakan? Macam tak sabar nak makan! Sedia dipotong dan hidangkan waktu sejuk-sejuk tu. Nikmatnya tak terkata. Bila potong, kek elok menjadi tak la begitu lembik dan masih creamy. Lalu kat tekak sejuk-sejuk pasti syok. Anda wajib cuba dirumah!

Rasa yang lemak-lemak dan manis-manis manja menang kena dengan selera. Yang paling penting kek ni tak cepat muak. Kalau anda nak buat versi coklat pun boleh juga. Jadi anda kena guna jenis biskut oreo coklat. Lepas ni nak sambut hari jadi anak dah tak perlu risau. Boleh je buat resepi ni.

Kalau anda ada masa terluang boleh cuba resepi kek oreo velvet cheese. Pasti anak-anak pun akan suka. Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi anda manfaat. Dan jangan lupa share kepada kawan-kawan supaya sama-sama dapat manfaat resepi ini. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.