Resepi Simple Mee Rebus Daging Utara. Sedap Dan Padu, Sekali Rasa Comfirm Terangkat!

0 17,898

Pernah makan mee rebus utara tak. Ibu-ibu dah masak untuk makan petang ke belum? Ke tengah pening lagi nak masak apa Hari ni. Ha! Ibu-ibu boleh cuba resepi yang kami kongsikan ini, Resepi Mee Rebus Daging Utara yang sangat sedap dan lazat.

Resepi mee rebus daging ni dimasak dengan ubi keledek untuk kuahnya, sebab itu kuah mee rebus daging ada rasa manis-manis ubi. Mee rebus daging sangat sedap dimakan semasa panas dan amat mudah untuk dibuat.

Hidangan mee rebus daging biasanya dimakan dengan mee kuning, tapi kalau ada yang tak makan mee kuning bolehlah oleh sendiri dengan menggunakan spaggeti ke. Kesedapan mee rebus daging ni terletak pada kuahnya. Kalau sedap kuah tu sedaplah mee rebus tu.

Mesti ada ibu-ibu yang  belum pernah cuba makan mee rebus daging utara ni. Rasa kuahnya yg pekat, pedas-pedas manis ubi keledek sangat sedap. Untuk Yang pertama kali ingin mencuba perlu cuba resepi ni.

Resepi mee kuah daging utara telah dikongsi oleh Are Peace . Mesti ibu-ibu dah tak sabar nak cuba Mee rebus daging utara ni. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mee rebus daging Utara.

 

RESEPI MEE KUAH DAGING UTARA

Dalam banyak-banyak resepi mee, mee rebus utara yang unik sedikit disebabkan bahan Yang digunakan ialah ubi keledek untuk pekatkan kuah dan memberikan rasa manis pada kuah. Ubi keledek juga Akan membuatkan kuah mee rebus bewarna kemerahan.

Bahan-bahan yang perlu disediakan :
  • Mee kuning
  • 1kg daging lembu rebus sampai empuk dan hiris nipis (ketepikan)

 

Bahan-bahan untuk kuah
  • 1 kg ubi keledek merah- kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan.
  • 1 cawan udang kering (kisar)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 inci lengkuas (kisar)
  • 3 biji tomato (kisar)
  • 2 batang serai (titik)
  • 1 pek sup bunjut tulang
  • 1 pek kecil rempah kari daging
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 cawan sos cili
  • 1 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • 5 liter air (termasuk air rebusan daging tadi)
  • 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN MEE REBUS DAGING UTARA : 

▶️ Hiris nipis bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan kisar halus

▶️ Selepas itu, masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.

▶️ Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga.

▶️ Seterusnya, panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak dan masukan serbuk kari.

▶️ Kacau2 dan gunakan api sederhana.

▶️ Kemudian masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga, keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, udang kering kisar dan tambahkan air secukupnya.

▶️ Kemudian, masukan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Tambahkan bancuhan tepung jagung

▶️ Kacau sekali-sekali. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya.

▶️ Apabila kuah mendidh dan nampak pekat boleh matikan api dan taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng.

▶️ Sedia dihidang bersama mee kuning dan bahan taburan.

 

Bahan-bahan tabur :
  • taugeh
  • telur rebus
  • tomato-hiris nipis
  • bawang goreng
  • cili merah
  • daun sup dan bawang
  • tauhu- digoreng potong nipis
  • limau kasturi dibelah 2
  • fish ball (goreng)

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Beriani Kukus Dengan Ayam Sambal Pak Kassim Rasa Padu. Boleh Buat Sendiri Drumah!

 

Tengoklah kejadiannya, nampak sedap kan? Bahan tabur pun banyak memang akan puas hati bila dapat makan mee rebus daging ni. Selain daging mee rebus juga boleh diletakkan isi ayam.

Kalau datang ke sebelah utara ini lah mee rebus yang dihidangkan bila diorder. Jangan silap, mee rebus ada banyak versi ye. Kan pelik pulak bila pesan mee rebus dapat kuah lain dari yang pernah makan sebelum ini.

Pasti ada yang terliur nak makan mee rebus daging Utara sekarang ni. Apa lagi pergi cari barang-barang untuk masak resepi ni. Resepi mee rebus daging utara pun dah dikongsi, cuma perlu buat sahaja. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.