Resepi Lontong Kuah Lodeh. Hidangan Yang Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Hidangan Hari Raya!
Lontong sebenarnya beras yang dimasak dalam daun pisang dan bila sudah masak akan dipotong menjadi kecil, makan bersama kuah lodeh. Resepi Lontong Kuah Lodeh kali ini sangat mudah untuk disediakan.
Kebiasaannya kuah lodeh akan dimakan dengan nasi impit dan sambal ikan bilis. Hidangan ini agak femes di johor, mesti setiap raya ada hidangan lontong kuah lodeh ni.
Kuah lodeh kaya dengan sayur-sayuran, biasanya anak-anak tak berapa suka makan sebab banyak sayur. Jujur cakap, hidangan ni memang sangat sedap. Bukan itu sahaja biasanya dalam kuah lodeh akan di masukkan sekali degan tauhu dan tempe.
Selain tauhu dan tempe, kuah lodeh juga boleh dimasak dengan udang atau ikan bilis sebagai pelengkap hidangan. Kuah lodeh ni tidak pedas, jadi nak lagi sedap kena makan dengan sambal sekali.
Ibu-ibu yang pernah makan lontong kuah lodeh mesti sudah tahu kesedapannya macam mana. Pernah makan tapi tak tahu nak buat? Ibu-ibu boleh follow resepi dari perkongsian Ukhty eyra yang mudah untuk ibu-ibu cuba dirumah.
RESEPI LONTONG KUAH LODEH
Kalau tengok dari bahan-bahan untuk dimasak kuah lodeh, boleh dikatakan kebanyakkan adalah sayur. Apa jenis sayur kesukaan boleh dimasak dalam kuah lodeh.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1/4 biji kubis
- 1 batang carrot – potong panjang
- 9 batang kacang panjang
- 1 ikat soo hoon
- 1 keping fucuk – potong panjang
- 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
- 2 batang serai – ketuk
- 1 cawan udang hidup
- 1/2 biji kelapa parut
- Garam gula secukup rasa
- Serbuk kunyit
Bahan kisar :
- 8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 2 sudu besar udang kering
CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH LODEH :
▶️ Mula-mula, masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
▶️ seterusnya, masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
▶️ Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
▶️ selepas itu, masukkan kunyit sampai warna nampk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoren. Kacau guna api perlahan. Masak sehingga sayur empuk.
▶️ Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
BACA JUGA : Resepi Kuih Badak Berendam Labu. Kuih Legend Yang Sedap!
Menggoda betul tengok lontong kuah lodeh ini, makan pula dengan sambal ikan bilis dan telur. Rasa masak lemak yang secukup rasa, dimakn pula dengan nasi impit memang terangkat habis.
Kuah lodeh bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi impit, boleh juga makan bersama nasi putih disebabkan rasanya sama sahaja dengan masak lemak, cuma bahan-bahan kebanyakkan sayur sahaja.
Hari raya asyik makan ketupat dengan rendang sahaja, apa kata ibu-ibu cuba pula hidangan lontong kuah lodeh ni untuk santapan pada hari raya nanti. Selamat mencuba!