Resepi Udang Kari Panang Thai Yang Simple Dan Sedap. Tanpa Menggunakan Sebuk Kari Tapi Rasa Pasti Terangkat!

0 436

Ramai antara kita yang penggemar masakan Thai. Dan masakan Thai sebenarnya mempunyai banyak jenis. Tapi kita hanya familiar dengan masakan stim, tomyam, paprik dan kerabu. Jarang tahu, selain masakan tersebut ada juga masakan lain yang sedap. Antaranya anda boleh cuba resepi udang kari panang Thai. Ini adalah masakan kari style mereka. Pasti anda akan teruja dengan hasilnya nanti!

Kari thai ni dipanggil panang, atau sebutan sebenarnya ialah phanaeng. Kari panang ni terkenal dengan kuah yang pekat, rasa masam-masam, manis, pedas dan wangi. Memang berbeza dengan kari melayu. Pes karinya tu dibuat sendiri dengan pelbagai bahan dan rempah yang dikisar.

Kari panang dimasak dengan menggunakan pes dari kisaran ramuan termasuk bahan rempah, serai, bawang dan sebagainya. Menjadikan ramuan ni sungguh pekat dan likat. Bila dihidangkan dengan nasi putih pasti terangkat. Hidangan ini juga sesuai disajikan untuk menu tengahari ataupun menu makan malam.

Kalau biasanya disana, kari panang Thai ni dimasak dengan daging atau ayam. Yang vegetarian pula selalu masak dengan gantikan daging kepada sayuran atau tauhu. Namun kali ini resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah dilaman facebooknya menggunakan udang sebagai bahan utama.

Udang ni mempunyai rasa yang sangat sedap. Manis-manis dari udang memang sesuai dimasakan dengan pelbagai jenis menu. Lagi-lagi bila buat masak kari panang thai ni. Unik resepinya sebab langsung tidak menggunakan serbuk kari dalam masakan ini. Setiap masakan mempunyai keunikkan yang tersendiri.

 

RESEPI UDANG KARI PANANG THAI 

Kalau masakan thai mesti rasanya manis masam dan pedas baru lah lengkap hidangan tu. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi udang kari panang thai ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Udang (dibersihkan)
  • 3 susu besar sos ikan
  • 1 kotak susu santan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Daun ketumbar(hiasan)
  • Cili merah(hiasan)
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa

 

Bahan kisar : 
  • 10 batang cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar 1 biji
  • 1 batang serai
  • 2 batang akar daun ketumbar
  • 3 cm lengkuas
  • 2 herai daun limau purut 2 helaiv(buang tulang tengah daun limau purut)
  • 2 sudu besar kacang gajus / kacang santong 2 sudu besar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar dan jintan manis
  • Belacan

CARA PENYEDIAAN UDANG KARI PANANG THAI: 

▶️ Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masuk kunyit. Masak sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan udang dan Gaulkan. Biarkan ianya masak sebentar dan sedikit kering.

▶️ Kemudian masukkan susu santan. Gaulkan.

▶️ Masukkan sos ikan dan serbuk perasa. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan sedikit pekat.

▶️ Angkat dan taburkan daun ketumbar dan cili merah. Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Dorayaki Lembut Dan Gebu. Hidangan Yang Simple Dan Anak-Anak Pasti Suka!

 

Tada, lengkap satu hidangan makan tengahari! Kari panang thai ni memang style masakannya pekat dan tak masukkan air. Itu buatkan sedap kalau makan dengan nasi putih. Dah tak pandang menu lain dah. Menu ni pun cukup membangkitan selera anda, cukup dengan rasa masam, manis dan pedas.

Selain makan dengan nasi putih, nak cicah dengan roti jala atau roti putih pun boleh. Boleh ikut selera masing-masing. Hidangkan pada suami dan anak-anak pasti mereka suka. Sekali sekala tukar selera kan. Asyik masakan tomyam, paprik, stim je, next time boleh cuba menu ni pulak.

Memang sedap resepi udang kari panang thai ni. Ada rasa bahang-bahang rempah dan sedikit pedas-pedas. Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi anda manfaat dan inpirasi dalam mempelbagaikan menu masakan anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.