Telur madu tiga atau nama lain telur Hong Kong, merupakan gabungan tiga jenis telur iaitu telur ayam, telur masin, dan telur padi. Resepi Telur Madu Tiga dari gabungan tiga jenis telur dan dikukus sangat sedap sekali.
Kalau siapa suka makan telur kukus, pasti akan sukakan telur madu tiga ni. Rasanya sangat sedap, dengan pelbagai rasa tiga jenis telur dan telur kukus yang telah dicampur pelbagai bahan untuk menyedapkan lagi.
Rasanya orang serawak mesti ramai yang suka makan telur madu tiga ni. Untuk orang semenanjung mungkin tak semua yang tahu hidangan ini. Hidangan ini banyak menggunakan telur, dan tiga jenis telur berlainan.
Untuk yang menjaga keaihatan hidangan telur madu tiga ini sangat sesuai, kerana mempunyai protein yang tinggi dan cara masak juga hanya kukus dan tidak menggunakan minyak.
Resepi ini telah dikongsi oleh Amoi Sha, resepi yang unik kerana menggunakan banyak telur yang berbeza dalam satu hidangan, tetapi sangat sedap sekali.
RESEPI TELUR MADU TIGA
Mesti ramai yang tertanya-tanya telur padi tu macam mana. Telur padi berwarna hitam atau dikenali dengan telur pinang China yang diawet dengan tanah liat, Abu, garam, kapur dan sekam padi.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 4 biji telur ayam*
- 4 biji telur masin*
- 4 biji telur hitam @ telur padi
- ( bertanda* rebus dahulu)
- 12-14 biji telur ayam mentah
- Bawang goreng sedikit
- Secukup rasa
- Daun sup
- Cili
CARA-CARA PENYEDIAAN TELUR MADU TIGA
▶️ Mula-mula potong 6 setiap sebiji telur yg direbus tadi termasuk telur hitam tu ye.
▶️ Pecahkan 12biji -14biji telur dibekas lain. Kacau guna whisk je. Masukan secukup rasa kacau sebati dan masukan daun sup, bawang goreng, cili jika nak pedas dan kacau sebati.
▶️ Sediakan loyang saiz7 alas dengan partchement paper
▶️ Susun semua telur rebus diatas dasar permukaan loyang pastu tuang rata telur yg dah diwhisk tadi.
▶️ Selepas itu susun lapis kedua telur rebus tadi san tuang lagi telur yang dah diwhisk.
▶️ Ulang step sampai telur abis. Last taburkan bawang goreng dan daun sup atas permukaan terakhir.
▶️ Panaskan pengukus dan kukus telur selama 40minit atau sehingga masak.
▶️ Tunggu sejuk sedikit boleh baru dipotong.
BACA JUGA : Resepi Bubur Nasi Ayam Champ Kemboja. Rasa Yang Sedap Sehingga Boleh Makan Bertambah-Tambah!
Bila dipotong elok betul kejadiannya, boleh nampak tiga jenis telur yang direbus tu tersusun elok je. Ni kalau makan dengan nasi panas-panas mesti sedap, nak makan macam tu je pon boleh.Telur madu tiga ni kalau cicah dengan sos pun sedap, belum lagi makan dengan nasi. Hidangan ini memang kaya dengan protein, sebab keseluruhan menggunakan telur.
Resepi telur madu tiga kebiasaan orang borneo yang selalu makan, sebab telur padi mudah dijumpa di sana. Tapi kalau tiada telur padi pun boleh juga dibuat, cuma kurang satu jenis telur aje. Selamat mencuba!