Resepi Sardin Masak Kari Dan Kentang Yang Simple Dan Sedap. Pasti Dapat Membangkitkan Selera Makan Anda!
Bila dah muak asyik makan ayam, daging, udang atau sotong. Mak-mak bolehlah cuba masak lauk mudah main lebur-lebur je menu dalam tin ni. Resepi sardin masak kari dan kentang ni antara menu yang simple dan mudah. Sardin ni sebenarnnya bukan hanya sedap buat sambal je, malah masak kari juga sangat sedap. Silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya.
Tengok kuahnya yang pekat confirm terliur. Mulalah lepas makan tengahari tu, nampak kuahnya lebih je dah plan siap-siap nak buat cicah dengan roti pula untuk minum petang. Silap-silap rajin pula nak goreng roti canai segera untuk buat cicah roti canai pula. Rasa memang tak boleh bawa bincang, sedap sangat.
Resepi ni sangat simple dan enak. Makan dengan nasi putih pun dah cukup. Kalau kena dengan tekak boleh bertambah-tambah dibuatnya. Hidangan ni bertambah sedap sebab aroma yang wangi dari daun kari tersebut. Walaupun makan ni nampak simple, bila cukup ramuannya boleh nampak mewah dan menyelerakan.
Selalunya sardin masak kari mesti nak ada bahan tambahan kan. Contohnya ubi kentang, cili besar dan sebagainya. Dalam resepi ni ada masukkan ubi kentang. Tapi tak kisah lah nak campur dengan apa pun sebenarnya. Janji kena dengan selera anda.
Untuk kuah terpulang pada anda nak masukkan berapa banyak santan untuk kepekatan. Biasanya kalau masak lagi pekat sikit lagi sedap. Resepi yang simple di kongsikan oleh cik puan Nurul Ateekah. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang simple ni.
RESEPI SARDIN MASAK KARI DAN KENTANG
Nak lagi cantik hidangan, sebelum tutup api tu boleh masukkan cili besar dan juga tomato sebagai hiasan atau penambah rasa hidangan. Sedap juga ada rasa masam-masam dari tomato tu. Resepi yang simple rugi lah kalau tak mencubanya. Tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan resepi kali ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 ½ sardine tin (ambil ikannya sahaja)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 batang cili hijau
- 1 batang cili merah
- Tomato (dibelah)
- 2 tangkai daun kari
- 200ml santan fresh
- 100ml air
- 1 biji kentang
- 3 susu besar serbuk kari
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak menumis
CARA PENYEDIAAN SARDIN MASAK KARI DAN KENTANG :
▶️ Panaskan minyak. Tumis bawang putih Dan bawang besar, kemudian masukkan daun kari, masak sehingga naik bau dan keperangan.
▶️ Masukkan paste kari, gunakkan api perlahan. Tumis sehingga pecah minyak dan rempah masak dengan sempurna.
▶️ Masukkan kentang, masak sehingga sedikit lembut. Dan masukkan santan. Biarkan ianya masak sebentar.
▶️ Akhir sekali, masukkan ikan sardin, cili hidup, dan tomato. Dan biarkan ianya masak sebentar.
▶️ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika mahu. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Kebab Daging Roti Pita Homemade Yang Super Padu. Lebih Sedap Dari Pasar Malam!
Tada! Sedapnya bau aroma kari semerbak bila siap dimasak. Kari sardin ni yang buatkan ianya sedap terletak pada kuahnya yang pekat dan padu. Nak lagi sedap bila nak makan tuang sedikit kicap pada nasi untuk digaulkan dengan sardin. Anak-anak pun pasti laju je makan nanti.
Ikutlah cara anda nak hidangkan macam mana. Mungkin lepas ni kalau nak makan dengan sambal belacan pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing. Hidangan yang simple kalau nak dihidangkan pada bila-bila masa pun boleh. Sesuai juga untuk dihidangkan pada makan malam sebab penyediaan pun tidak renyah.
Yang baru belajar nak memasak boleh je follow resepi yang dikongsikan step by step. Resepinya mudah dan bahannya mudah. Semoga dengan perkongsian resepi sardin masak kari dan kentang ni memberi anda manfaat dan inspirasi dalam mempelbagaikan menu masakan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!