Resepi Rendang Kacang Panjang Negori. Rasa Yang Enak, Hidangan Patut Dicuba!
Biasanya rendang kita makan rendang ayam atau daging yang selalu dimakan dengan nasi impit atau leman ketika raya. Tapi pernah cuba makan rendang kacang panjang, hidangan dari Negeri Sembilan ini? Jom ikuti Resepi Rendang Kacang Panjang ini.
Hidangan ini merupakan hidangan negori, kalau sebut Negeri Sembilan pasti tahu asal usul masak lemak cili padikan? Kepedasan dan kesedapan masak lemaknya pasti terngiang-ngiang je dalam kepala ni.
Kalau dilihat resepi rendang negori ini pasti perasan bahan-bahannya sama sahaja seperti bahan-bahan untuk masak lemak cili padi. Yang penting cili padi yang banyak digunakan dalam setiap masakan masak lemak ini.
Rendangnya juga pedas sama seperti masak lemak. Hidangan ini seperti masak lemak yang kering, tidak berkuah dan perlu ditumis dahulu sehingga pecah minyak. Pantang tok nenek jika menumis tak pecah minyak ni.
Ni kalau makan dengan nasi panas-panas pasti tak pandang lain dah. Siapa yang belum pernah makan hidangan ini pasti akan jatuh hati dengan rasanya. Resepi ini telah dikongsi oleh Noratiqah Nordin, yang merupakan resepi dari bondanya.
RESEPI RENDANG KACANG PANJANG
Kalau pergi ke kedai makan masakan negori pasti akan jumpa hidangan ini. Hidangan ini bukan berasaskan kacang panjang sahaja, malah di masukkan juga isi ayam dan barang dalam ayam seperti hati, dan pedal ayam.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Pedal, hati, isi ayam sikit (nak ayam saja pon blh)
- Kacang panjang
- Cili padi *
- 3 biji bawang merah *
- 4 ulas bawang putih *
- 4 serai
- Seinci lengkuas *
- Seinci halia *
- 1 asam keping
- 1 kotak santan
- Serbuk kunyit (optional)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 4 helai daun kunyit dihiris nipis
- Minyak untuk menumis
CARA-CARA PENYEDIAAN RENDANG KACANG PANJANG
▶️ Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga hancur.
▶️ Selepas itu, tumiskan bahan yang di kisar tadi sehingga pecah minyak.
▶️ Apabila sudah cukup masak bahan tumis tadi, masukkan pedal, hati dan ayam. Kacau sehingga masak.
▶️ Masukkan asam keping dan santan, kacau sehingga minyak naik.
▶️ Kemudian, masukkan kacang panjang, kacau seketika.
▶️ Masukkan pula daun kunyit yang telah dihiris dan kacau sebati.
▶️ Akhir sekali perasakan sehingga secukup rasa seperti yang diingini.
BACA JUGA : Resepi Pau Kukus Gebu Gebas, Sukatan Menggunakan Cawan Yang Mudah Untuk Dibuat!
Pengemar masakan yang pedas-pedas pasti akan menyukainya. Hidangan ini sangat femes bila musim kenduri kendara disana, pasti sangat sedap ni. Kalau dimakan pula dengan nasi panas-panas lagi terangkat ni.
Bahagian dalam ayam seperti pedal, hati, kaki atau leher jika tidak tahu untuk masak apa dengannya boleh cuba resepi ini. Daripada buat sup je, boleh naik bosan juga. Sekali sekala tukar selera jadi orang negori pula.
Resepi rendang kacang panjang ini boleh dijadikan hidangan makan tengahari nanti, tapi awas! kalau tidk makan pedas, boleh kurangkan kuantiti cili dalam masakan. Tak perlu pening-pening lagi nak masak apa, cuba je resepi ini pasti sedap yakmatt!