Resepi Pais Ikan Kembung. Masakan Yang Mudah Dan Boleh Dipanggan Dalam Airfryer!

0 14,317

Dah hujung-hujung bulan puasa ni teringin nak makan pais ikan kembung. Sekali sekala makan makanan yang dipanggang sedap jugakan. Resepi Pais Ikan Kembung mudah dan senang untuk dibuat dirumah.

Pais ikan Salah satu hidangan yang tidak menggunakan minyak dan hanya dipanggan sahaja. Boleh dikatakan satu hidangan sihat jugak.Pais ikan boleh dibakar atas dapur arang atau dipanggan atas dapur gas.

Kalau nak sedap bakar atas dapur arang, sebab aroma dari arang boleh menyedapkan lagi makanan yang dibakar. Tapi kalau tak Ada dapur arang boleh sahaja panggan atas dapur gas, lebih mudah dan cepat.

Ikan akan diperap terlebih dahulu dengan rempah yang telah dibuat, lagi lama diperap lagi sedap. Selepas itu dibalut dengan daun pisang. Bila dibakar aroma semerbak dari daun pisang dan daun kunyit akan meresap kedalam ikan.

Resepi pais ikan kembung telah dikongsi oleh Nur Suhadah Sanusi di facebook. Perkongsian resepi yang amat mudah dan sedap, ibu-ibu boleh cuba dirumah.

 

RESEPI PAIS IKAN KEMBUNG

Bukan ikan kembung sahaja sedap dibuat pais, tapi ibu-ibu juga boleh guna ikan yang sesuai seperti ikan pari, ikan patin mahupun ikan talapia pun sedap dibuat pais.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 6 ulas bwg merah kecil*
  • 6 ulas bwg putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 5 biji cili padi merah*
  • 1sudu besar asam jawa
  • Sedikit garam & perasa
  • Daun kunyit dimayang halus,
  • Bunga kantan dimayang halus

CARA-CARA PENYEDAIAN PAIS IKAN KEMBUNG :

▶️ Mula-mula, ikan disiang dan dibersihkan..

▶️ Kisar kesemua bahan yang bertanda *, dan campur kesemua bahan kedalam satu bekas untuk dijadikan pes perapan ikan.

▶️ Kemudian, sumbat dan perap ikan dlm 1-2jam dengan bahan yang dikisar tadi, saya balut sesiap guna daun pisang sebab nak aroma yang sedap..

▶️ Bakar dalam airfryer suhu 180° 10 minit setiap bahagian. Atau bakar dlm magic pan pon boleh, nak kukus pon boleh.

▶️ Tapi nak lagi sedap bakar atas dapur arang.

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Samperit Klasik. Cair Dimulut!

 

Betul-betul semerbak bau aroma pais ikan kembung ni, ditambah pula balutan dari daun pisang dan daun kunyit. Rempah untuk perapan ikan juga secukup rasa, memang sedap dimakan dengan nasi putih begitu sahaja.

Daun kunyit, bunga kantan dan daun pisang memberi aroma yang lagi wangi kepada ikan, walaupun ikan hanya dipanggan camtu sahaja.

Resepi pais ikan kembung boleh dikatakan makan yang sihat, jadi ibu-ibu yang sedang berdiet boleh try resepi ini. selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.