Resepi Nasi Minyak Ala Kenduri Yang Sedap. Lengkap Dengan Resepi Ayam Masak Merah Dan Kurma Ayam Yang Menyelerakan!

0 39,251

Kalau sebut nasi minyak, pasti semua dah terbayang hidangan pada majlis kendurikan? Nak buat nasi minyak tak perlu nak tunggu kenduri baru dapat makan, hari biasa pun boleh makan. Jom tengok Resepi Nasi Minyak yang kami kongsikan ini.

Nasi minyak kalau tak digandingkan dengan ayam masak merah, kurma ayam kentang, jelatah timun dan papadom memang tak lengkaplah. Nampak meriahkan lauk nasi minyak ni, sebab itu selalu dibuat pada hari kenduri.

Hidangan ini boleh dikatakan sangat special sebab selalu akan jumpa bila majlis kawen, atau majlis-majlis special. Kalau di Indonesia, nasi minyak akan disajikan pada acara dan perayaan-perayaan khas disana.

Masakan ini ditumis dengan rempah dan minyak sapi, yang membuatkan nasi minyak rasa sedap dan beraroma. Kalau diperhatikan ayam masak merah banyak digandingkan dengan pelbagai resepi nasi.

Tidak perlu tunggu hari-hari istemewa untuk dapat makan nasi minyak ni, hari biasa pun boleh makan nasi minyak. Boleh follow sahaja resepi yang kami kongsi ini dari Hidayayati Hana yang pasti sedap dan akan puas hati dengan hasilnya.

 

RESEPI NASI MINYAK

Kebiasaannya nasi minyak akan dimasak dengan beras basmathi atau beras panjang, tapi jika tiada beras tersebut boleh sahaja masak menggunakan beras biasa, seperti nasi kenduri hanya menggunakan beras biasa tetap sedap.

photo6219909108094578437.jpg (751×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-bahan Nasi Minyak :
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
  • 2 sudu besar mentega/ minyak masak
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • Bawang goreng hiasan

photo6219909108094578438.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI MINYAK

▶️ Selepas itu, panaskan mentega tumis bawang dan halia yang telah diblend dan masukkn 3 sekawan dan daun pandan.

▶️ Bila bawang sudah garing masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam. Tuangkan semua bahan tumis dalam periuk nasi.

▶️ Kemudian, biarkan nasi masak seperti biasa. Biarkan 5 minit baru gembur-geburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah.

▶️ Apabila dah masak, taburkan bawang goreng.

 

Bahan-bahan ayam masak merah :
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Hiasan- daun bawang/daun ketumbar

photo6219909108094578439.jpg (721×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH

▶️ Mula-mula kisar semua bahan yang bertanda * . Ayam digaul dengan serbuk kunyit campur garam dan goreng hingga masak

▶️ Guna minyak goreng ayam tadi goreng bawang merah yang dihiris tadi dan angkat ketepikan.

▶️ Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan. Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

▶️ Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram kacau sebati. Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Bila sudah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika. Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.

▶️ Hiaskan dengan daun ketumbar atau daun bawang.

 

Bahan-bahan kurma ayam dan kentang :
  • Beberapa ketul ayam dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1/2 kotak santan
  • 1 peket rempah kurma
  • Minyak untuk menumis
  • Gula dan garam
  • Air secukupnya

 

Bahan tumis :
  • 1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia *

photo6219909108094578436.jpg (725×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN KURMA AYAM DAN KENTANG

▶️ Mula-mula kisar semua bahan bertanda * .Tumis bahan-bahan hiris dan biarkan hingga naik bau.

▶️ Masukkan rempah kurma dan air sedikit dan masak hingga naik minyak.

▶️ Seterusnya, masukkan ayam, ubi kentang, dan karot. Masak sehingga empuk. Masukkan santan campur sedikit air. Biarkan mendidih.

▶️ Masukkan garam secukup rasa dan biarkan kuah masak hingga pekat sedikit dan dah siap boleh Masukkan cili merah atau cili hijau jika suka.

 

Bahan-bahan jelatah :
  • 1 biji timun*
  • 1 biji karot*
  • 1 -2 biji cili merah*
  • 2 biji bawang merah*
  • Sedikit cuka makan
  • Garam dan gula

photo6219909108094578435.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN JELATAH

▶️ Hiris semua bahan yang bertanda * dan gaulkan semua bahan.

▶️ Perasakan dengan cuka, garam dan gula.

 

BACA JUGA : Resepi Pulut Sekaya Pandan Yang Lemak Manis, Sedap Dimakan Pada Waktu Sarapan Dan Dibuat Minum Petang!

 

Makan nasi minyak kalau lauk banyak macam ni memang layang, dah macam makan nasi kenduri semua cukup lengkap. Zaman PKP sekarang susah nak merasa nasi kenduri disebabkan sekarang tidak dibenarkan unruk membuat kenduri.

8754334567890.jpg (1200×800)

Selain ayam masak merah dan kurma ayam, boleh juga digandingkan dengan daging masak hitam, gulai kawah atau ayam goreng berempah. Tapi yang lejen ialah ayam masak merah lah, memang sedap sangat kalau tak ada macam tak lengkap hidangan.

Nasi minyak sejenis makanan set lengkap dan dah ada jenis-jenis lauk yang sesuai digadingkan dengannya. Jadi dah tak perlu pening-pening nak pikir masak lauk apa cuma perlu pilih jenis lauk sahaja nak digandingkan dengan nasi minyak. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.